Wednesday 30 November 2011

‘Mujur 44 nyawa tak melayang’



ALOR GAJAH: “Mujur saya tak panik apabila beberapa guru yang duduk di bahagian depan dan belakang saya menjerit dengan kuat apabila melihat sebuah kereta tiba-tiba muncul di satu selekoh tajam,” kata Mohd Hafiz Ismail, 22, mengenai kemalangan membabitkan bas sekolah dipandunya dengan sebuah kereta di selekoh Kampung Telok Belanga, Kuala Sungai Baru, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, Mohd Hafiz bersama 44 penumpang termasuk 38 pelajar sekolah pendidikan khas dan enam guru pengiring mereka berdepan detik cemas akibat perlanggaran kuat itu yang turut menyebabkan pemandu kereta berusia 20-an parah apabila keretanya remuk teruk. Difahamkan, sebelum kejadian, bas sekolah terbabit dalam perjalanan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Taman Desa Bayu, di sini, selepas mengadakan lawatan sehari di Jasin.

Menurut Mohd Hafiz, dia cuba memaut stereng ke kiri, namun belum sempat berbuat demikian kereta berkenaan yang datang dari arah Kuala Sungai Baru meluncur laju dan merempuh bahagian hadapan kanan bas.

“Beberapa guru yang duduk di bahagian hadapan menjerit kepada saya supaya mengelak dari terus melanggar kereta itu namun saya cuma mampu mengelak ke kiri jalan.

“Dalam keadaan cemas saya sedar di sebelah kiri jalan terdapat penghadang besi dan gaung, jika saya gagal kawal bas dengan baik berkemungkinan boleh meragut 44 nyawa yang ada dalam bas,” katanya.


Katanya, akibat perlanggaran kuat itu beberapa pelajar berusia antara tujuh dan 12 tahun tersungkur di atas lantai dan di bawah kerusi manakala kereta berkenaan berpusing beberapa kali.

“Apabila berjaya memberhentikan bas dan memastikan semua penumpang selamat dan tidak cedera saya turun melihat keadaan pemandu kereta yang tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan orang ramai dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan.

“Sementara itu, saya dan beberapa guru pengiring terpaksa menahan beberapa buah bas kilang untuk menghantar pelajar tadi pulang ke PDK yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.
Katanya, dia bersyukur kerana mereka semua terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Saharuddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu dan mengesahkan tiada kemalangan jiwa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-556 3222 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.

Angkara Mat Gian



KUALA LUMPUR: Angkara Mat Gian, 10 rumah terbakar dalam kejadian di Tingkat 4, Blok 4, Flat Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, Cheras di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, 50 penghuni hilang tempat tinggal dan kini ditempatkan di empat dewan orang ramai di sekitar kawasan perumahan itu.

Penduduk yang dikenali sebagai Goh, 40-an, berkata, ketika kejadian, dia menonton televisyen di rumahnya sebelum mendengar jeritan jiran.
Katanya, ketika hendak keluar dari rumah, mereka ternampak kelibat beberapa Mat Gian berlari keluar dari sebuah rumah kosong di tingkat berkenaan.

“Akibat tindakan mereka, kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa, P Shalini, 17, yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini kehilangan segala dokumen peribadi dan bahan rujukan.

Katanya, ketika kejadian, dia sedang mengulang kaji pelajaran untuk dua lagi peperiksaan bakal didudukinya hari ini dan 13 Disember. “Kami sekeluarga bukan sahaja hilang tempat tinggal tetapi segala dokumen penting termasuk slip peperiksaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.45 malam dan lima jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian.


Beliau berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh sejam namun 10 rumah di Tingkat 4 gagal diselamatkan dan hangus.

Katanya, struktur bangunan berusia lebih 40 tahun itu menyebabkan api marak dengan cepat.


Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan dipercayai berpunca dari sebuah rumah kosong dipercayai digunakan Mat Gian sebagai markas mereka melepas gian.

Johan enggan komen


TIADA angin tiada ribut tiba-tiba Johan Raja Lawak, 27, dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.
Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.
Walaupun, penonton melihat senario gurauan kedua- dua pengacara serba boleh itu menjadi di atas pentas, namun apabila majlis tersebut tamat ada amarah yang tersimpan di benak Ogy kepada Johan sehingga bekas isteri kepada pelakon Eman Manan itu bertindak untuk menyaman Johan.
Ogy dalam dakwaannya menerusi sebuah akhbar sebelum ini menegaskan Johan sememangnya kurang ajar, bukan setakat bakat dirinya malah arwah ibu bapanya, Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah turut dipersendakan sesuka hati.
Namun kata Ogy, apa yang paling dia terkilan apabila Johan boleh mempersenda Tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad!
Kosmo! berpeluang menghubungi Johan untuk mendapatkan maklum balas pelawak itu mengenai hal saman tersebut.
Johan mengakui terkejut dan hanya mengetahui perkara saman itu melalui sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan tentang perkara itu baru-baru ini.
Malah, dia tidak menyangka tentang isu tersebut kerana dia ada memohon maaf kepada Ogy selepas FFM 24 tamat jika kata-katanya ada mengguris hati Ogy.
Bagaimanapun Johan enggan mengulas lanjut mengenai hal saman itu selagi surat saman tersebut tidak sampai kepadanya.
“Saya terkejut dan hanya mengetahui perkara ini melalui sebuah akhbar yang mengatakan Kak Ogy nak menyaman saya.
“Sewaktu FFM 24 tamat saya ada minta maaf kepadanya jika ada kata-kata yang menyinggung perasaannya. To be fair saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini lebih lanjut selagi surat saman itu tidak sampai kepada saya.
“Tunggulah jika perkara ini masih berlanjutan saya akan bercakap mengenainya kepada semua,” tegas Johan.
Dilanda kekecewaan
Di sebalik senyuman dan telatah yang dibinanya di kaca TV sebanarnya terselit kekecewaan besar pada diri Johan apabila menerima dua kali berita isterinya Rozlinawaty Ismail, 30, atau Ozlynn mengalami keguguran.
Lebih kecewa keguguran yang berlaku dikatakan Johan berpunca daripada aktiviti senaman di gimnasium yang sering dilakukan mereka suami isteri.
“Dalam tahun ini sahaja sudah dua kali Ozlynn mengalami keguguran kerana terlalu aktif membuat senaman di gim. Masa pertama kali gugur saya masih boleh terima tetapi bila masuk dua kali gugur saya jadi kecewa dan sedih.



“Sudah tentu saya sangat sedih sebab memang impian saya ingin memiliki anak yang ramai seperti adik beradik saya,” kata Johan yang memiliki 12 orang adik-beradik.
Menurut Johan, selepas pulang daripada melakukan aktiviti di gimnasium, Ozlynn mengalami pendarahan yang banyak dan daripada situ baru dia mendapat tahu isterinya hamil dan mengalami keguguran.
Memang dia dan Ozlynn tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata.
Namun, Johan percaya segala yang berlaku ada hikmat di sebaliknya. Baginya, mungkin belum rezeki dia dan Ozlynn menimang cahaya mata selepas memperoleh anak pertama, Ahmad Sodiq Hainana, 2. Apa yang penting buat masa sekarang kata pemenang tempat kedua Maharaja Lawak itu adalah sabar dan berusaha untuk memperoleh cahaya mata lagi.
“Anak adalah harta yang paling berharga. Namun, saya percaya belum ada rezeki untuk kami tambah cahaya mata,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran drama Astro Ceria saluran 611 terkini, Elly dan Epit.
Di sebalik kekecewaan Johan, tawaran dalam bidang seni datang mencurah bak air di daun keladi.
Terbaharu, pelawak dari Ampang, Selangor itu bakal menyiapkan diri untuk dua filem arahan Mamat Khalid dengan Syamsul Yusof.
Bercerita tentang filem Syamsul Yusof bertajuk KL Tak Gangster itu, ia akan memulakan penggambaran pada bulan Februari tahun depan.
“Dalam cerita ini saya dengan Shaheizy Sam akan berlakon bersama. Cerita dia lebih kepada cerita aksi, komedi manakala untuk filem Mamat Khalid juga akan menjalani penggambaran pada awal tahun depan. Tajuk filem itu belum diberitahu lagi tetapi saya sudah setuju untuk terima tawaran tersebut,” kata Johan lagi.
Bukan itu sahaja, Johan juga terlibat sebagai penyampai radio Era untuk segmen hujung minggu Era setiap hari Sabtu dari pukul 7 pagi hingga 11 pagi. Malah, selepas habis drama Elly dan Epit, Johan juga mempunyai komitmen lain iaitu Edisi Khas musim baharu dan Superlawak.
Tidak tamak
Melihat kepada jadualnya yang padat, timbul pertanyaan adakah dia tamak menerima semua tawaran di depan mata? Bagaimana dia membahagikan masa bersama keluarga?
Bagi Johan, tiada istilah tamak apabila dia menerima tawaran-tawaran tersebut. Masa bersama keluarga tetap ada dan kerja yang diambil bukan datang dalam masa yang sama.
“Bukan saya tamak menerima semua tawaran yang datang. Saya tak ambil job serentak. Saya juga memilih setiap tawaran yang dapat sama ada ia sesuai dengan masa yang saya ada. Jika saya tidak dapat buat saya tidak terima.
“Saya paling suka menghabiskan masa lapang dengan keluarga. Memang masa saya agak terhad. Tidur pukul 10 malam dan bangun pada pukul 4 pagi tapi saya tetap akan luangkan masa bersama keluarga,” katanya.
Johan juga tidak memperuntukkan berapa banyak kerja yang perlu dilakukan dalam masa sebulan atau setahun. Paling penting, baginya, adalah kualiti sesuatu kerja yang dilakukannya.
Mengulas mengenai wataknya di dalam drama Elly dan Epit, kata Johan, dia menerima drama itu kerana pihak produksi dapat mengikut jadualnya. Dia juga tidak mahu menghampakan pihak produksi dan juga watak yang diterimanya.
“Saya terima cerita ini sebab masa penggambaran tidak bertindih dengan jadual kerja saya. Lagipun, saya suka berlakon dengan kanak-kanak. Ia mendisiplinkan saya untuk berlakon mengikut skrip.
“Kanak-kanak ini berlakon mengikut skrip. Jika saya cakap

Dalglish sanjung tinggi Bellamy



LONDON - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish memuji persembahan yang dipamerkan Craig Bellamy ketika membantu skuad The Reds menewaskan Chelsea 2-0 pada aksi suku akhir Piala Liga di Stamford Bridge awal pagi semalam.
Dua hari lalu, Bellamy tidak diturunkan ketika menentang Manchester City dalam saingan Liga Perdana England selepas mendapat pelepasan ekoran kematian rakan baiknya yang juga pengurus skuad kebangsaan Wales, Gary Speed.
Meskipun dikatakan masih bersedih dengan kematian Speed, Bellamy tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak mempamerkan aksi bertenaga ketika berdepan Chelsea.
Buktinya, dia menjadi penggerak utama terhadap dua gol yang dijaringkan oleh rakan sepasukannya, Maxi Rodriguez pada minit ke-58 dan Martin Kelly (63).
"Dia (Bellamy) bersikap profesional apabila mengenepikan segala masalah yang dialami biarpun masih bersedih dengan kematian individu yang dianggap sebagai mentornya, Speedy.
"Bagi seorang pemain yang masih lagi bersedih, tetapi berjaya mempamerkan aksi seperti Bellamy, ia sudah cukup untuk membuktikan kredibiliti pemain tersebut," kata Dalglish semalam.
Dalam pada itu, Dalgslih mengkritik jadual saingan musim ini yang dikatakan sangat padat.
Ini kerana, anak-anak buahnya terpaksa beraksi pada aksi suku akhir Piala Liga hanya dua hari selepas membuat perhitungan dengan City, Ahad lalu.
"City dan kami telah beraksi Ahad lalu, tetapi terpaksa beraksi hari ini (awal pagi semalam). Crystal Palace pula akan mengharungi satu lagi perlawanan Jumaat ini," tegas Dalglish. 

Susun lebih tiga juta duit syiling



MANILA, Filipina - Lebih tiga juta duit syiling 25 centavo Filipina (RM0.01) akan disusun dalam satu rantaian di Taman Rizal di sini.
Sejumlah sukarelawan menyusun duit syiling itu sejak semalam sehingga Sabtu ini sebagai percubaan untuk memecahkan rekod Guinness World Record.
Rekod sebelum ini dibuat di Amerika Syarikat apabila duit syiling berjaya disusun dalam satu rantaian melibatkan jarak 64.8 kilometer.

Kami harus tingkatkan tahap kami...



Juara Sepanyol, Barcelona bermain dengan baik tetapi mereka perlu meningkat menurut jurulatih, Pep Guardiola pada hari Isnin.
 
"Kami bermain dengan baik musim ini," kata bos berusia 40 tahun, yang dalam tempoh tiga tahunnya di kelab telah membimbing mereka ke tiga kejuaraan liga, satu Piala Sepanyol dan dua trofi Liga Juara-Juara.
 
"Tapi nampaknya tak cukup bagus. Oleh itu, penting untuk kami meningkatkan tahap untuk menjadi juara? Yang mana saya tak dapat menjawabnya."
 
Namun, Guardiola mengakui bahawa Real Madrid telah menjadi sisi yang lebih baik musim ini.
 
"Prestasi di tempat lawan kami memberi masalah," katanya.
 
"Tapi walaupun begitu, kami tak semestinya berhak untuk jatuhmata."
 
"Dalam semua perlawanan di luar Nou Camp, kami mencipta lebih banyak peluang berbanding pesaing-pesaing kami."
 
"Namun, sekali lagi itu tak cukup baik. Oleh itu, kami akan perlu melakukan lebih baik lagi bermula sekarang."

Arsenal menjejak penyerang Jerman



Pengurus Arsenal Arsene Wenger menunjukkan minatnya mendapatkan penyerang Jerman, Lukas Podolski.
 
Arsenal turut berminat dengan penyerang Borussia Dortmund, Mario Gotze, walaupun kelab Jerman itu tidak berminat menjual pemainnya yang turut menarik minat dari Bayern Munich dan Real Madrid untuk jendela perpindahan Januari nanti.
 
Bagaimanapun, Arsenal memerlukan penyerang tengah kerana mahukan pengganti berkualiti dan persaingan untuk – dan mungkin gandingan berpotensi untuk - Robin van Persie.
 
Podolski sesuai dalam ciri-ciri tersebut dan turut mengesahkan matlamat Arsenal terhadap van Persie dalam memujuk penyerang Belanda itu untuk menandatangani kontrak baru.
 
Tawaran sekitar £20 juta mungkin boleh memujuk Cologne untuk menjualnya kerana Podolski tamat kontrak pada tahun 2013.
 
Arsenal telah mengintai Podolski sejak mereka bertemu Cologne di pra-musim.
 
Mereka telah melanjutkan minat awal dengan menghantar misi peninjau dan yakin pemain ini berupaya bermain sebagai penyerang tunggal atau pun dalam formasi tradisional 4-4-2.

Milan boleh pinjam Tevez



Carlos Tevez mungkin dinafikan perpindahan ke AC Milan dengan Manchester City terus enggan meminjamkannya.
 
Naib presiden Milan, Adriano Galliani berkata kelab gergasi Itali itu sedia mengurangkan beban City dengan mendapatkan Tevez pada Januari nanti – tapi hanya secara pinjaman.
 
Bagaimanapun, City hanya bersedia melepaskan Tevez secara pinjaman jika kelab yang meminjam bersetuju untuk membeli penyerang tersebut.
 
Mereka juga bertegas bahawa Tevez – yang dinilai pada harga £35 juta-£40 juta – tidak akan dijual pada harga murah semata-mata untuk melepaskan beban mereka.
 
Tevez masih ada di negara asalnya, Argentina, selepas wakilnya mendakwa doktor mengesahkan pemain tersebut masih belum bersedia untuk kembali ke Manchester.
 
Di tanya mengenai kemungkinan perpindahan untuk pemain berusia 27 tahun, presiden AC Milan,  Galliani berkata: “Tevez? Kita lihat dulu. Masih ada masa."
 
“Jika ia tiada masalah dengan Antonio Cassano, kami berpuas hati dengan apa yang kami ada."
 
“Siapa saja yang tiba pada Januari ini akan menerusi pinjaman dengan hak untuk dibeli.”

Man.City tiada peluang menang liga.



David Beckham menafikan peluang Manchester City memenangi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama musim ini.
 
Meskipun mendahului lima mata mengatasi kelab lamanya, Manchester United, Becks berkata: “Saya tak rasa City ada peluang.”
 
City memperkuatkan reputasi selaku pencabar utama kejuaraan liga dengan membelasah United 6-1 di Old Trafford.
 
Tapi Beckham menambah: “Musim ini mereka ada pasukan yang bagus dan beberapa pemain yang bagus tapi United lebih berpengalaman dan tahu bagaimana untuk memenangi kejohanan liga.”
 
Bekas kapten England itu bercakap dari Indonesia di mana beliau sedang mengadakan jelajah bersama  LA Galaxy.
 
Kontraknya bersama kelab MLS itu akan berakhir tidak lama lagi dan disebut-sebut bakal membuat perpindahan lumayan ke Paris Saint-Germain.
 
Namun pemain berusia 36 tahun itu tenang bercakap tentang perancangan masa depannya dan hanya berkata: “Saya ada keputusan besar perlu dilakukan.”

Tuesday 29 November 2011

Nelayan setuju harga ketam selepas 12 hari berbalah



HALF MOON BAY, Amerika Syarikat (AS) - Selepas 12 hari berbalah mengenai harga ketam, para nelayan dan pihak pemprosesan makanan laut mencapai persetujuan mengenai harga haiwan marin itu kelmarin di sini, California.
Persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak itu ialah ketam tersebut akan dijual oleh nelayan pada harga AS$2.25 (RM7.16) bagi setiap 0.45 kilogram.
Perbalahan mengenai harga itu menyebabkan ketam tersebut tidak dihidangkan dalam kebanyakan majlis makan malam sempena Hari Kesyukuran baru-baru ini kerana ia tidak dijual. - Agensi

Pekerja bengkel cipta robot Transformers



SHENYANG, China - Seorang pekerja di sebuah bengkel pertukangan logam di sini, Huang Lianfei mencipta satu model robot berdasarkan salah satu watak dalam kartun Transformers.
Dia menggunakan beberapa komponen kenderaan yang terbuang untuk menghasilkan robot itu.
Lianfei telah mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan robot tersebut. - Reuters

Drogba tinggalkan Stamford Bridge



LONDON - Penyerang Chelsea, Didier Drogba dilaporkan telah bersedia untuk meninggalkan pasukan itu selepas menolak tawaran baharu skuad The Blues.
Pemain berusia 33 tahun yang memperoleh gaji £120,000 (RM595,605) seminggu itu difahamkan telah menolak tawaran selama setahun dan kini berada dalam tempoh terakhir bersama Chelsea.
Difahamkan, Drogba sudah bersedia untuk meninggalkan Stamford Bridge sebagai pemain bebas, sekali gus beraksi bersama kelab mewah Rusia atau Qatar.
Bagaimanapun, Thierno Seydi selaku ejen Drogba mendakwa: "Drogba telah ditawarkan kontrak selama setahun dengan Chelsea, namun tawaran itu tidak memadai bagi kami.
"Kelab Itali, AC Milan pernah meluahkan rasa minat untuk mendapatkan khidmat Drogba sebagai pemain pinjaman sekiranya gagal mendapatkan pemain itu secara kekal.
"Namun, saya menegaskan 'tidak' kerana tawaran itu tidak menarik perhatian kami.
"Pada peringkat umur Drogba sekarang, dia sudah tiada apa untuk dibuktikan sebagai pemain dan pemain itu akan beraksi untuk kelab yang menawarkan kontrak lumayan sahaja.
"Kemungkinan dia akan beraksi di Amerika Syarikat, Rusia, Qatar atau di mana-mana sahaja yang menawarkan kontrak lumayan kepada kami," ujarnya.
Drogba telah 'disunting' oleh bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho dari Marseille dengan melengkapkan perpindahan £24 juta (RM119 juta) pada tahun 2004.
Penyerang berasal dari Ivory Coast itu telah menjaring 146 gol sepanjang tempoh tujuh tahun beraksi bersama Chelsea. 

Perlumbaan gelaran semakin jauh



Jurulatih Barcelona, ​​Pep Guardiola menegaskan bahawa pasukannya masih belum terkeluar daripada perlumbaan gelaran.
 
"Liga masih belum berakhir. Masih jauh untuk pergi," katanya.
 
"Kami bersaing dengan rival hebat dan anda tak dapat banyak peluang, tapi kami akan pulih dan bergerak ke atas."
 
The Catalans kini ada dua lagi perlawanan liga, aksi di tempat sendiri kepada Rayo Vallecano dan Levante, sebelum berkunjung ke Real Madrid untuk Clasico pertama musim pada 10 Disember.
 
"Agak memalukan untuk ketinggalan jauh di belakang pendahulu, namun ini belum berakhir," kata striker, David Villa.
 
"Tak lama lagi kami akan menentang mereka (Real Madrid) dan kami mampu menewaskan mereka, hanya itu yang perlu difikirkan."
 
Sementara itu, bek Gerard Pique membuat kenyataan dalam akhbar harian sukan, Marca sebagai berkata, "Carta menunjukkan mereka (Madrid) lebih baik daripada kami ketika ini."
 
"Tapi saya akan meminta penyokong supaya terus yakin dengan kami dan perkara masih belum selesai."
 
"Kami akan ke The Bernabeu dan cuba menguasai bola, seperti yang kami selalu lakukan," katanya.
 

Defoe luangkan masa untuk kerja rumah



Jermain Defoe berkata dia telah melakukan kerja rumah dan sedia membantu Spurs melepasi ujian bagi kedudukan empat teratas.
 
Beberapa latihan di luar waktu biasa tentunya memberi ganjaran kepada striker, yang membantu Harry Redknapp melakukan kerosakan ketara di Hawthorns.
 
Bos Spurs dipaksa untuk mengubah pasukannya apabila Rafael Van der Vaart mengalami hamstring, membebaskan tempat untuk Defoe.
 
Striker itu mungkin telah memulakan perlawanan pertama sejak awal Oktober tetapi jarak lima gol di sebalik peluang tertutup menentang Charlton Athletic membuktikan ketajamannya.
 
Defoe meneruskan hubungannya dengan guru kecergasan Perancis, Tiberius Darau, 70, yang mula bekerja dengan striker itu pada musim panas.
 
Striker itu berkata, "Usaha tambahan memberikan saya ganjaransecara besar-besaran."
 
"Cara saya rasa kini, berbanding musim lalu benar-benar berbeza. Saya rasa benar-benar meletup dan itu penting kepada cara saya bermain."
 
"Saya akan ke perlawanan dengan perasaan yang kuat. Saya tahu itu terpulang kepada saya. Penyudah akan tentukan diri saya."

Eduardo hadapi krisis kewangan


Bekas striker Arsenal, Eduardo da Silva menghadapi kemungkinan rumah dan keretanya disita di Croatia berhubung pertikaian undang-undang dengan bekas ejen.
 
Striker kelahiran Brazil itu mempunyai masa sehingga akhir bulan ini untuk menghalang perintah mahkamah di Zagreb daripada turut membekukan akaun banknya.
 
Zdravko Mamic, yang juga eksekutif naib presiden bekas kelab Eduardo, Dinamo Zagreb, menyaman pemain berusia 28 tahun itu sebanyak £630,000, yang dijangka meningkat kepada lebih £900,000 dengan faedah berkaitan perjanjian yang ditandatangani pada 2001.
 
Mamic mendakwa dia berhak menerima 20% daripada hasil pendapatan pemain tetapi tidak menerima bayaran sejak Eduardo bergerak dari Dinamo ke Arsenal pada 2007.
 
Eduardo mendakwa perjanjian itu tidak sah, sebahagiannya kerana dia tidak memahami Bahasa Croatia ketika menandatangani kontrak dengan Mamic pada hari lahirnya yang ke-18.
 

Iniesta dan Cesc sambung latihan skuad


Jurulatih Barcelona, ​​Pep Guardiola menerima beberapa berita yang memberangsangkan daripada jadual rawatan sejurus selepas kecewa tewas 1-0 kepada Getafe dalam aksi La Liga pada petang Sabtu, ketika Andres Iniesta dan Cesc Fabregas hadir menyambung semula latihan mereka.
 
Iniesta mengalami masalah paha dalam kemenangan 3-2 ke atas AC Milan di pertemuan Liga Juara-juara minggu lepas dan seterusnya terlepas aksi di San Siro serta perlawanan liga pada hari Sabtu.
 
Namun, gergasi Catalan mengesahkan di laman web rasmi mereka bahawa pemain antarabangsa Sepanyol itu telah pulih sepenuhnya.
 
Sementara itu, Fabregas juga kembali ke kem latihan setelah melalui kecederaan ringan. Bekas bintang Arsenal itu terlepas perlawanan ketika mereka tewas secara mengejut Sabtu lalu di tempat lawan akibat kebimbangan kecederaan ringan.

Ronaldinho enggan tinggalkan Flamengo



Ejen dan juga abang kepada striker Flamengo, Ronaldinho iaitu Roberto de Assis Moreira menegaskan bahawa pemain berpengalaman tersebut berminat untuk kekal di kelab semasa.
 
Bekas bintang Barcelona itu baru-baru ini telah dikaitkan dengan kembali ke Eropah ketika Panathinaikos didakwa memberi tumpuan kepadanya, namun adiknya menegaskan bahawa Ronaldinho, 31, amat gembira dengan kehidupan di Flamengo.
 
"Saya tak bercakap kepada sesiapa mengenai potensi perpindahan. Dia amat gembira di sini, yang mana dia sentiasa boleh melawat kawan-kawannya. Dia masih nama besar dalam dunia bola sepak," demikian kenyataan Assis yang dipetik oleh Lancenet.
 
"Dia mendapat beberapa keputusan yang baik di sini. Dia mencipta lebih 50 penampilan dan menjaringkan 20 gol. Malah, dia turut kembali bersama The Selecao. Dia sangat gembira dan mahu memberi tumpuan kepada prestasi di padang."

Monday 28 November 2011

Wenger redakan kepulangan Nasri


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak mahu pertembungan Piala Carling Selasa bertemu Manchester City akan hanya berkisarkan kepulangan Samir Nasri.
 
Pemain antarabangsa Perancis itu merupakan kegemaran peminat semasa di Stadium Emirates sebelum menyertai pasukan Roberto Mancini sebelum jendela perpindahan ditutup.
 
Pertembungan Piala pada hari Selasa akan menjadi kali pertama Nasri kembali ke Arsenal sejak perpindahan ke City dan Wenger yakin dia berhak dihormati peminat.
 
Wenger tidak mahu mana-mana tohmahan negatif ke atas playmaker berusia 24 tahun itu merampas potensi sokongan peminat setia tuan rumah terhadap pasukan mereka sendiri.
 
"Anda mahu menghormati pemain yang telah bermain untuk kami, itu yang kita harapkan," kata Wenger.
 
"Tapi sentiasa lebih penting untuk menyokong pasukan kami pada malam Selasa berbanding bersikap negatif pada pemain Manchester City."
 
"Apa yang penting adalah kami bersatu bagi memenangi permainan."
 

Mancini dipaksa keluarkan 20 orang pemain



Manchester City sedang merancang penjualan besar pemain ketika kelab itu mahu mengurangkan kos gaji bagi mematuhi peraturan kewangan baru UEFA.
 
City mempunyai sejumlah 63 pemain dalam kelab mereka buat masa ini dan berharap untuk mengurangkan jumlah itu ke sekitar 40 orang sewaktu dua jendela perpindahan akan datang.
 
Keutamaan buat Roberto Mancini dan pasukannya ialah untuk mengeluarkan pemain bergaji besar yang tidak lagi bermain secara kerap untuk pasukan utama selain pemain muda yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki, menurut laporan akhbar di England.
 
Mengetuai senarai pemain yang City mahu dikeluarkan adalah striker, Carlos Tevez yang dilihat hampir pasti menyertai AC Milan selepas pertelagahan terbukanya dengan kelab tersebut.
 
Tevez enggan memanaskan badan sewaktu pertembungan Liga Juara-juara dengan Bayern Munich awal musim ini dan kelab itu mahu mengurangkan gaji £250,000 seminggunya dari kos mereka.
 
Nedum Onuoha dan Wayne Bridge juga dijangka keluar manakala ketua-ketua di City berharap prestasi cemerlang Emmanuel Adebayor di Tottenham akan menggalakkan kelab utara London itu untuk menjadikan tempoh pinjamannya sekarang ke perpindahan tetap.
 
Dan Roque Santa Cruz, yang kini dipinjamkan ke Real Betis, merupakan seorang lagi pemain yang kelab itu mahu jual selain 23 orang pemain yang kini dipinjamkan keluar.

PSG mahu tawar Chamakh jalan Keluar



Tempoh mengecewakan Marouane Chamakh di Arsenal bakal tamat ketika kelab Ligue 1 Perancis yang bercita-cita tinggi, Paris St Germain merancang tawaran £10 juta untuk striker itu.
 
Chamakh gagal untuk menyerlah sejak menyertai Gunners dari Bordeaux secara percuma pada Mei tahun lalu dan PSG mampu menawarkannya jalan keluar dari kelab utara London itu.
 
Arsene Wenger menegaskan pemain itu masih dalam perancangannya, namun tawaran besar dari PSG mungkin sukar untuk ditolak.
 
Wenger telah bergantung sepenuhnya kepada kapten, Robin van Persie yang telah menjaringkan sejumlah 17 gol dalam semua pertandingan musim ini.
 
Dan dengan pembelian musim panas, Gervinho memberi sokongan buat pemain Belanda itu, terdapat peluang terhad untuk Chamakh menyerlahkan dirinya dalam pasukan tersebut.
 
Bos Gunners itu bersimpati dengan situasi Chamakh, namun telah menyebut dia mungkin mendapat peluang untuk membuktikan nilainya kepada kelab, sebelum sebarang kemungkinan dijual.
 
Wenger berkata: "Kami ada (Marouane) Chamakh dan Park Ju-Young, yang saya rasa kedua-duanya pemain berkualiti, namun buat masa ini mereka tak dapat peluang kerana Robin sedang dalam prestasi yang sangat cemerlang."

Tevez Harus Lulus Ujian Psikologi



AC Milan mahu Carlos Tevez menjalani ujian psikologi rumit di Milan Lab, pusat saintifik mereka, sebelum mereka bersedia membuat perjanjian bernilai £25 juta.

Kelab Itali itu percaya tahap minda seorang pemain penting kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap kecergasan fizikal dan persembahan mereka. Dan Milan mahu sepenuhnya pasti striker Manchester  City, Tevez cergas dari segi psikologi.

Satu sumber dalaman Milan berkata: "Kita semua tahu Carlos seorang pemain hebat, namun aspek psiko-fizikal dalam latihan adalah sangat penting di sini.

"Dia dah lama tak bermain dan untuk pastikan dia minimumkan risiko kecederaan, tahap mindanya harus stabil."

Displin Kunci di Sebalik Rentetan Tanpa Kalah.



Seorang dengan karekter provokatif, jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho memuji kesabaran dan disiplin pendahulu liga Sepanyol itu sebagai kunci rentetan kemenangan terbaik dalam kariernya selepas mencatat kemenangan ke-13 berturut-turut dalam semua pertandingan.

Namun jurulatih Portugal itu enggan menyangkal pasukannya menang dengan corak permainan 'buruk' pada Sabtu lalu, setelah Madrid berusaha keras untuk menewaskan Atletico Madrid 4-1 yang tamat dengan sembilan pemain dalam satu perlawanan penuh aksi untuk mencatat kemenangan kesembilan berturut-turut.

"Kami bermain dengan sangat baik, kami sentiasa ada pemain dengan motivasi," kata Mourinho. "Sepanjang perlawanan kami tunjukkan kawalan emosi, dan kesabaran. Pasukan tahu yang ketika kami mampu bermain dengan agresif, kami juga harus tunjukkan kesabaran."

Kekal tenang sangat penting dalam sebuah perlawanan di mana lima pemain Atletico dilayangkan  kad kuning selain dua kad merah, terhadap penjaga gol Thibaut Courtois dan bek, Diego Godin, masing-masing pada setiap separuh masa perlawanan.

"Kami enggan main bermain dengan corak 'buruk', tapi perlawanan sukar. Namun kami dah main dan kami menang," kata pengurus berusia 48 tahun itu. "Saya lebih gemar jika kami bermain perlawanan corak lebih lancar, kerana jika saya seorang penonton dan saya bayar, saya lebih gemarkan permainan lancar, namun itulah yang dah terjadi."

"Seri atau kalah akan tiba," kata Mourinho. "Namun perkara penting adalah dalam 13 perlawanan ini kami beraksi dengan baik."

Rosicky Pertimbangkan Masa Depan di Arsenal...


Wolfsburg akan mensasarkan pemain Arsenal, Tomas Rosicky, ketika mereka cuba memperkasakan kembali perjalanan kempen Bundesliga mereka musim ini.

Pasukan Felix Magath ketika ini menduduki tangga ke 12 Bundesliga dan pengurus berusia 58 tahun itu dilaporkan bercadang membuat tawaran £4.5 juta untuk memujuk the Gunners menjual pemain Republik Czech tersebut.

Rosicky, 31, telah membuat 11 penampilan untuk Arsenal musim ini tapi peluang kesebelasan utamanya kini semakin terhad selepas Abou Diaby kembali cergas dan Jack Wilshere bakal turun beraksi semula id penghujung Januari. 

Bekas pemain Borussia Dortmund yang kariernya di Utara London dibelenggu masalah kecederaan, merupakan pemain yang disenangi di kalangan rakan sepasukan di the Emirates dan Arsene Wenger hampir pasti tidak akan membenarkannya berpindah. 

Dengan tiada jaminan waktu permainan, Rosicky mungkin tertarik dengan peluang terakhir di Jerman, lebih-lebih lagi peluang bergandingan dengan rakan lamanya, Alexander Hleb, yang ketika ini dipinjamkan ke Wolfsburg dari Barcelona.

Sunday 27 November 2011

Manusia penghuni Antartika,,!!!


BERDIRI seketika di atas gurun ais Antartika yang memutih sambil menikmati saujana langit yang membiru sudah cukup untuk menzahirkan rasa takjub dengan kebesaran Ilahi.
Apa tidaknya, suhu pada musim sejuk di situ mampu mencecah -89 darjah Celcius.
Dengan kelembapan udara yang sangat rendah dan kelajuan angin yang tinggi sepanjang tahun iaitu mencecah sehingga 321 kilometer sejam, bukan calang-calang manusia boleh bertahan dengan keadaan cuaca ekstrem sebegitu.
Malah, pernah timbul persoalan, mengapa manusia mahu ke Antartika sedangkan ia tempat yang paling sejuk di muka bumi, kurang produktif, tidak diusahakan, tiada tamadun dan kesejukannya boleh membawa maut.
Sungguhpun begitu, keadaan Antartika yang belum dicemari muntahan sisa buangan pepejal dan toksik, landskap konkrit yang dipenuhi lampu serta isyarat elektromagnet yang tidak terkawal, menjadikan benua putih ini bagaikan syurga kepada golongan penyelidik dan saintis.
Malah, kebanyakannya berpendapat, mengkaji Antartika yang memiliki persekitaran unik ibarat mengkaji planet Marikh.
Walaupun berdepan dengan cabaran terutamanya cuaca dan terpaksa berjauhan daripada keluarga, ia bukan halangan besar untuk kumpulan penyelidik bertapak di situ.
Bumi Antartika yang belum terjamah seluas 8.7 juta kilometer persegi itu cukup menawarkan pelbagai khazanah saintifik yang menanti untuk dirungkai.
Fosil
Menurut penyelidik dari Pusat Penyelidikan McMurdo, Paul Doherty, keterujaan melihat dataran yang kosong menimbulkan pelbagai persoalan untuk dikaji.
"Apabila mendongak ke langit yang cerah tanpa pencemaran cahaya, ia suatu perasaan yang sangat mengasyikkan.
"Di sini juga kami dapat melihat bukti penciptaan zarah-zarah subatom.
"Selain itu, kami mengkaji mengenai mikrob eksotik yang boleh hidup dalam kesejukan," katanya yang teruja untuk memeriksa lapisan fosil ais yang berusia belasan ribu tahun.
Mengimbas kenangan semasa mula-mula menyertai program persediaan ke Antartika, Doherty yang berasal di Amerika Syarikat (AS) datang bersama tiga lagi rakannya, iaitu Mary Miller, Julie Konop dan Noel Wanner. Mereka membuat persediaan bertahun-tahun sebelum boleh mennyertai pasukan penyelidik di situ.
"Kami berempat adalah antara 600 penyelidik yang dihantar ke Stesen McMurdo setiap tahun.
"Untuk ke sini, pelbagai ujian dan latihan yang dilakukan.
"Selain mahir dalam bidang kajian, kesihatan dan kecergasan adalah perkara penting yang perlu diambil berat, termasuklah kesihatan gigi dan gusi," kata Doherty.
Stesen penyelidikan saintifk McMurdo milik AS itu adalah yang terbesar di Antartika. Ia boleh menempatkan 1,000 pegawai penyelidik pada musim panas.
"Pada musim sejuk pula hanya 250 pegawai yang tinggal di sini.
"Selain itu, stesen ini juga mempunyai 2,000 kakitangan sokongan seperti tukang masak, pemandu, jurutera, pengurus projek, pekerja penyelenggaraan dan binaan," ujar Merry Miller.
Stesen McMurdo yang terletak di selatan Pulau Ross mula beroperasi pada tahun 1956.
Kini ia mempunyai lebih 100 struktur bangunan didirikan termasuk tiga landasan ais, dermaga terapung, makmal sains, bangunan pentadbiran, bengkel, garaj, bangunan perubatan, dormitori, dapur, kantin dan kemudahan rekreasi.
Pusat penyelidikan ini merupakan pusat bagi semua program dan uji kaji saintifik.
Ia juga berjiran dengan Stesen Pangkalan Scoot, sebuah fasiliti penyelidikan kendalian New Zealand di Antartika yang dilawati oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin awal minggu ini.
Siri lawatan selama empat hari tersebut adalah gambaran kesungguhan dan komitmen negara susulan daripada penyertaan dalam Triti Antartik 1959 baru-baru ini.

Terlepas kapal
Saintis dan penyelidik Malaysia mula aktif dengan misi penyelidikan di Kutub Selatan pada tahun 1997.
Sejak itu, sebanyak 62 ekspedisi dilaporkan telah dijalankan sehingga tahun lepas melibatkan 60 penyelidik dan saintis dari tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara.
Selain McMurdo dan Pangkalan Scott, terdapat 74 stesen penyelidikan lain yang dibuka di Antartika. 42 daripadanya dibuka sepanjang tahun dan 32 stesen lagi dibuka hanya pada musim panas.
Sehingga kini belum ada lagi rekod menunjukkan ada manusia yang tinggal secara tetap di Antartika.
Siapa yang tinggal di sana hanyalah pasukan penyelidikan dari 30 negara yang menjalankan tugas di stesen masing-masing.
Dianggarkan seramai 4,000 orang akan tinggal di benua itu pada musim panas iaitu daripada bulan Oktober hingga April.
Jumlah tersebut akan berkurangan sehingga 1,000 orang sahaja pada musim sejuk yang tiba pada bulan Mei.
"Untuk keluar dari Antartika pada musim sejuk adalah perkara yang mustahil kerana kapal tidak boleh memasuki dataran ais.
"Sesiapa yang terlepas kapal terakhir pada musim panas, mereka perlu tinggal di sini sehinggalah musim sejuk berakhir," jelas Mark William, Ketua Stesen Mawson milik Australia yang terletak di Dataran Tinggi Antartika.
Dia yang pakar dalam bidang pertanian hidroponik cuba menghasilkan tomato terbesar di Antartika.
"Memandangkan tanah tidak dibenarkan dibawa masuk ke sini, kami menggunakan kaedah hidroponik untuk menanam sayura.
"Ia sangat penting untuk bekalan pada musim sejuk nanti," katanya yang dibekalkan dengan makanan untuk tempoh beberapa minggu setiap kali kapal logistik datang ke stesennya.
Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan kumpulan penyelidik, hampir semua stesen dilengkapi fasiliti komunikasi dan rekreasi.
Kemudahan Internet, telefon, menonton filem, radio, gimnasium dan meja snuker ada disediakan.
Jika inginkan aktiviti lasak, masih banyak perkara menarik yang boleh dilakukan seperti menjelajahi kawasan baharu, berkhemah di luar, bermain ski, serta menikmati dan merakam keindahan landskap alam dan hidupan liar.