Sunday 27 November 2011

Bintang Benfica tolak perpindahan 40 juta pound ke United


Playmaker Benfica, Nicolas Gaitan menafikan laporan yang mengaitkan dirinya dengan perpindahan sensasi ke Manchester United, menegaskan dia gembira di Portugal.

Gaitan, 23, mungkin membawa nilai yuran sebesar £40 juta tetapi kekal selaku sasaran Januari bagi pasukan Sir Alex Ferguson, yang terdesak mendapatkan sentuhan kreatif di bahagian tengah.

Pemain antarabangsa Argentina itu telah dua kali memberi aksi mengagumkan menentang United musim ini di dalam Liga Juara-juara, membantu skuadnya seri di tempat sendiri dan di tempat lawan.

Namun, warga Amerika Selatan menegaskan mana-mana rundingan hanya spekulasi semata-mata dan dia tak akan membenarkan hal itu mengganggu perhatiannya.
 
Dia berkata, "Manchester? Saya fokus dengan Benfica buat masa ini. Saya amat gembira berada di sini dengan pasukan yang berjuang untuk memenangi gelaran penting."

"Tentang masa depan saya, saya hanya akan katakan saya dah tandatangani perjanjian dengan Benfica dan tiada siapa yang beritahu saya bahawa keadaan akan berubah. Buat masa ini, saya akan kekal dengan Benfica."

No comments:

Post a Comment