Sunday 27 November 2011

Chelsea dan Man City kejar Krasic


Chelsea dan Manchester City mungkin bakal bertarung sesama sendiri dalam jendela perpindahan Januari ini selepas ejen pemain sayap Juventus, Milos Krasic memberitahu pemain itu mahu meninggalkan kelab.

Kedua-dua kelab dilaporkan membuat tawaran untuk pemain sayap antarabangsa Serbia berusia 27 tahun itu pada musim panas lepas namun ditolak tapi ejen  Dejan Joksimovic memberitahu kliennya kini semakin kecewa dipinggirkan dalam kesebelasan utama pasukan di Turin dan mahu berpindah.

'[Pengurus Juventus, Antonio] Conte tidak mahukannya,' kata Joksimovic. 'Milos perlu bermain dan ada banyak kelab yang berminat.'

Dia menyambung: ' Chelsea dan Manchester City melakukan tawaran pada musim panas lepas namun ditolak oleh Juventus. Namun keadaan telah berubah dan kami akan lihat apa yang berlaku dengan  [pengarah sukan Juventus, Giuseppe] Marotta pada musim sejuk.'

Bekas pemain  CSKA Moscow, Krasic, yang pernah dikaitkan dengan Manchester United, menyertai Juventus pada musim panas 2010 dan baru memulakan empat perlawanan Serie A setakat ini, hanya sekali menyempurnakan 90 minit waktu perlawanan.

No comments:

Post a Comment