Bekas striker Arsenal, Eduardo da Silva menghadapi kemungkinan rumah dan keretanya disita di Croatia berhubung pertikaian undang-undang dengan bekas ejen. Striker kelahiran Brazil itu mempunyai masa sehingga akhir bulan ini untuk menghalang perintah mahkamah di Zagreb daripada turut membekukan akaun banknya. Zdravko Mamic, yang juga eksekutif naib presiden bekas kelab Eduardo, Dinamo Zagreb, menyaman pemain berusia 28 tahun itu sebanyak £630,000, yang dijangka meningkat kepada lebih £900,000 dengan faedah berkaitan perjanjian yang ditandatangani pada 2001. Mamic mendakwa dia berhak menerima 20% daripada hasil pendapatan pemain tetapi tidak menerima bayaran sejak Eduardo bergerak dari Dinamo ke Arsenal pada 2007. Eduardo mendakwa perjanjian itu tidak sah, sebahagiannya kerana dia tidak memahami Bahasa Croatia ketika menandatangani kontrak dengan Mamic pada hari lahirnya yang ke-18. | |
Tuesday 29 November 2011
Eduardo hadapi krisis kewangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment