Sunday 27 November 2011

Lille letak harga 43 juta pound untuk Hazard...

Arsenal mengalami tamparan hebat dalam usaha menandatangani bintang Lille, Eden Hazard selepas kelab itu meletakkan tag harga £43 juta ke atas aset berharga mereka.

Hazard dianggap selaku antara prospek yang paling hangat di Eropah, dengan Real Madrid dan Inter Milan turut memantau pemain berusia 20 tahun itu.

Liverpool juga turut berminat mendapatkan Hazard dan boleh menggunakan Joe Cole, yang kini dalam pinjaman semusim di kelab Perancis itu, sebagai subjek tawar-menawar.

Hazard telah menyatakan hasrat bagi meninggalkan Lille pada akhir musim ini.

Namun yuran tinggi mungkin mematikan niat kebanyakan kelab, dengan Real Madrid satu-satunya kelab yang mungkin dapat memenuhi penilaian kelab Perancis itu.

Presiden Lille, Michel Seydoux berkata, "harga €50 juta dan ini jelas. Kami boleh pada bila-bila masa membuat rundingan bagi apa yang perlu dilakukan, namun itu bergantung kepada banyak faktor."

No comments:

Post a Comment