Wednesday 30 November 2011

Milan boleh pinjam Tevez



Carlos Tevez mungkin dinafikan perpindahan ke AC Milan dengan Manchester City terus enggan meminjamkannya.
 
Naib presiden Milan, Adriano Galliani berkata kelab gergasi Itali itu sedia mengurangkan beban City dengan mendapatkan Tevez pada Januari nanti – tapi hanya secara pinjaman.
 
Bagaimanapun, City hanya bersedia melepaskan Tevez secara pinjaman jika kelab yang meminjam bersetuju untuk membeli penyerang tersebut.
 
Mereka juga bertegas bahawa Tevez – yang dinilai pada harga £35 juta-£40 juta – tidak akan dijual pada harga murah semata-mata untuk melepaskan beban mereka.
 
Tevez masih ada di negara asalnya, Argentina, selepas wakilnya mendakwa doktor mengesahkan pemain tersebut masih belum bersedia untuk kembali ke Manchester.
 
Di tanya mengenai kemungkinan perpindahan untuk pemain berusia 27 tahun, presiden AC Milan,  Galliani berkata: “Tevez? Kita lihat dulu. Masih ada masa."
 
“Jika ia tiada masalah dengan Antonio Cassano, kami berpuas hati dengan apa yang kami ada."
 
“Siapa saja yang tiba pada Januari ini akan menerusi pinjaman dengan hak untuk dibeli.”

No comments:

Post a Comment