Monday 28 November 2011

PSG mahu tawar Chamakh jalan Keluar



Tempoh mengecewakan Marouane Chamakh di Arsenal bakal tamat ketika kelab Ligue 1 Perancis yang bercita-cita tinggi, Paris St Germain merancang tawaran £10 juta untuk striker itu.
 
Chamakh gagal untuk menyerlah sejak menyertai Gunners dari Bordeaux secara percuma pada Mei tahun lalu dan PSG mampu menawarkannya jalan keluar dari kelab utara London itu.
 
Arsene Wenger menegaskan pemain itu masih dalam perancangannya, namun tawaran besar dari PSG mungkin sukar untuk ditolak.
 
Wenger telah bergantung sepenuhnya kepada kapten, Robin van Persie yang telah menjaringkan sejumlah 17 gol dalam semua pertandingan musim ini.
 
Dan dengan pembelian musim panas, Gervinho memberi sokongan buat pemain Belanda itu, terdapat peluang terhad untuk Chamakh menyerlahkan dirinya dalam pasukan tersebut.
 
Bos Gunners itu bersimpati dengan situasi Chamakh, namun telah menyebut dia mungkin mendapat peluang untuk membuktikan nilainya kepada kelab, sebelum sebarang kemungkinan dijual.
 
Wenger berkata: "Kami ada (Marouane) Chamakh dan Park Ju-Young, yang saya rasa kedua-duanya pemain berkualiti, namun buat masa ini mereka tak dapat peluang kerana Robin sedang dalam prestasi yang sangat cemerlang."

No comments:

Post a Comment