Tuesday 29 November 2011

Ronaldinho enggan tinggalkan Flamengo



Ejen dan juga abang kepada striker Flamengo, Ronaldinho iaitu Roberto de Assis Moreira menegaskan bahawa pemain berpengalaman tersebut berminat untuk kekal di kelab semasa.
 
Bekas bintang Barcelona itu baru-baru ini telah dikaitkan dengan kembali ke Eropah ketika Panathinaikos didakwa memberi tumpuan kepadanya, namun adiknya menegaskan bahawa Ronaldinho, 31, amat gembira dengan kehidupan di Flamengo.
 
"Saya tak bercakap kepada sesiapa mengenai potensi perpindahan. Dia amat gembira di sini, yang mana dia sentiasa boleh melawat kawan-kawannya. Dia masih nama besar dalam dunia bola sepak," demikian kenyataan Assis yang dipetik oleh Lancenet.
 
"Dia mendapat beberapa keputusan yang baik di sini. Dia mencipta lebih 50 penampilan dan menjaringkan 20 gol. Malah, dia turut kembali bersama The Selecao. Dia sangat gembira dan mahu memberi tumpuan kepada prestasi di padang."

No comments:

Post a Comment