Monday 28 November 2011

Rosicky Pertimbangkan Masa Depan di Arsenal...


Wolfsburg akan mensasarkan pemain Arsenal, Tomas Rosicky, ketika mereka cuba memperkasakan kembali perjalanan kempen Bundesliga mereka musim ini.

Pasukan Felix Magath ketika ini menduduki tangga ke 12 Bundesliga dan pengurus berusia 58 tahun itu dilaporkan bercadang membuat tawaran £4.5 juta untuk memujuk the Gunners menjual pemain Republik Czech tersebut.

Rosicky, 31, telah membuat 11 penampilan untuk Arsenal musim ini tapi peluang kesebelasan utamanya kini semakin terhad selepas Abou Diaby kembali cergas dan Jack Wilshere bakal turun beraksi semula id penghujung Januari. 

Bekas pemain Borussia Dortmund yang kariernya di Utara London dibelenggu masalah kecederaan, merupakan pemain yang disenangi di kalangan rakan sepasukan di the Emirates dan Arsene Wenger hampir pasti tidak akan membenarkannya berpindah. 

Dengan tiada jaminan waktu permainan, Rosicky mungkin tertarik dengan peluang terakhir di Jerman, lebih-lebih lagi peluang bergandingan dengan rakan lamanya, Alexander Hleb, yang ketika ini dipinjamkan ke Wolfsburg dari Barcelona.

No comments:

Post a Comment