Tuesday 13 December 2011

Alamakops..Kanak-kanak hidup selepas dilanggar kereta..


WENZOU, China - Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.
Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.
Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.
Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.
Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.
Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.
Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.
Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.
Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu.
Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

SEJUMLAH orang bertindak 
mengangkat sebuah kereta yang 
melanggar seorang kanak-kanak 
perempuan di Wenzou, China dalam usaha untuk menyelamatkannya.

No comments:

Post a Comment