Friday 9 December 2011

Alamakops..Suarez kena gantung Januari.



Liverpool berdepan kehilangan tunjang mereka, Luis Suarez untuk hampir seluruh Januari selepas dia dikenakan tuduhan kesalahan kedua oleh FA England.
 
Kelab itu mengumumkan mereka akan mempertahakan kedua-dua tuduhan tersebut selepas dilaporkan dia mungkin didenda berat atau malah digantung sehingga tiga perlawanan kerana membuat isyarat tangan lucah terhadap peminat Fulham malam Isnin lalu.
 
Suarez mempunyai sehingga Isnin untuk memberi respon terhadap tuduhan itu, namun telahpun jelas, striker Uruguay itu akan memohon sesi pendengaran kes kali kedua ketika dia berdepan dengan kemungkinan dikenakan dua hukuman berat.
 
Liverpool masih menunggu untuk mengetahui bila FA akan duduk dan menimbang hukuman terhadap terhadap pemain sama, yang dituduh membuat kecaman perkauman terhadap bek Manchester United, Patrice Evra.
 
Jika didapati bersalah terhadap tuduhan itu, hukumannya adalah penggantungan sehingga enam perlawanan.
 
Dengan tuduhan kedua turut dikenakan terhadapnya, Suarez berdepan tempoh panjang diketepikan.
 

Suarez bakal terlepas aksi sehingga enam minggu.

Liverpool berdepan Manchester City di separuh akhir timbal balik Piala Liga Januari nanti, dan akan terdesak untuk mempunyai seorang pemain sangat berpengaruh sepertinya pada dua perlawanan tersebut.

No comments:

Post a Comment