Sunday 25 December 2011

Barcelona nak kekal Guardiola..


Barca harap Guardiola komited dengan perjanjian baru.

Satu-satunya doa percutian presiden Barcelona, Sandro Rosell adalah untuk jurulatih Pep Guardiola akhirnya bersetuju dengan lanjutan kontrak.

Rosell berkata Khamis lalu dia berharap Guardiola komited dengan satu perjanjian baru dengan kontrak terkini jurulatih Catalan itu bakal tamat di penghujung musim ini.

"Dia tahu dia boleh buat apa yang dia mahukan, itu keputusan untuknya pilih," kata Rosell. "Kami akan lakukan semua yang boleh untuk pastikan dia tak katakan tidak."

Guardiola, 40, telah mengemudi tempoh paling berjaya buat kelab Catalan itu dengan menang 13 dari kemungkinan 15 trofi sejak mengambilalih pada 2008, termasuk dua kejayaan Liga Juara-juara dan tiga kejuaraan liga Sepanyol berturut-turut.

"Namun tiada panik kerana kelab ini lebih penting dari sesiapapun," kata Rosell. "Hari yang dia pilih untuk pergi atau (Lionel) Messi gantung butnya – hari yang saya harap tak tiba untuk banyak tahun lagi – akan ada kerisauan namun tiada panik atau ketakutan."

Rabu lalu, Guardiola turut menggesa peminat agar tidak panik tentang situasinya sekarang.

"Semua orang perlu tenang. Saya tahu apa yang saya lakukan," kata Guardiola. "Saya tahu bila saya perlu lakukannya dan bagaimana ia perlu dilakukan."

No comments:

Post a Comment