Sunday 18 December 2011

Barcelona tawan dunia...




YOKOHAMA, Jepun – Juara kelab Eropah, Barcelona memenangi gelaran juara Piala Kelab Dunia selepas menewaskan Santos dari Brazil 4-0 pada final semalam.
Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi meledakkan dua gol untuk kelab Liga Sepanyol itu, manakala Xavi Hernandez dan Cesc Fabregas masing-masing menyumbat satu gol.
Penyerang Argentina itu meletakkan Barcelona di depan menerusi satu gerakan cantik pada minit ke-17 sebelum Xavi menambah gol kedua tujuh minit kemudian.
Bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas mengukuhkan kedudukan pada minit-minit akhir babak pertama sebelum Messi mengesahkan kemenangan mutlak Barcelona minit ke-82.
Ia adalah trofi yang ke-13 buat Barcelona di bawah bimbingan jurulatih Pep Guardiola.
Sementara itu, pada perlawanan terdahulu, kelab Qatar, Al Sadd menewaskan juara Jepun, Kashiwa Reysol 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menduduki tempat ketiga pada kejohanan ini.
Barcelona membuktikan mereka kini adalah kelab bola sepak terhebat di dunia selepas mudah membelasah Santos dari Brazil 4-0 untuk muncul juara Piala Kelab Dunia semalam.
Ironinya, kejayaan kelab dari Sepanyol itu turut ditunjangi kelibat pemain terhebat dunia, Lionel Messi yang menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir tersebut.
Dua lagi gol Barcelona dijaringkan oleh Xavi Hernandez dan Cesc Fabregas.
Ternyata pertemuan juara kelab Eropah dan juara kelab Amerika Selatan itu tidak berlangsung seperti yang diharapkan apabila Barcelona mudah meratah gawang Santos.
Malah, pertembungan sengit yang dijangka antara Messi dan Neymar juga tidak menjadi kenyataan apabila penye- rang Santos itu tenggelam dalam seba- hagian besar permainan.
Ini menyaksikan Barcelona mudah meraih kejuaraan Piala Kelab Dunia kedua mereka dalam tempoh tiga tahun. Kali pertama ialah pada 2009 ketika mereka menewaskan Estudiantes 2-1 selepas masa tambahan.
Bagi jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, ini merupakan trofi ke-13 berjaya dimenanginya sejak mula membimbing kelab itu pada 5 Jun, 2008.
Sementara itu, juara kelab Asia, Al Sadd dari Qatar berjaya menduduki tempat ketiga selepas menewas- kan juara kelab Jepun, Kashiwa Reysol menerusi pe- nentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedudukan terikat tanpa jaringan dalam 90 minit permainan dan masa tambahan.

No comments:

Post a Comment