Saturday 10 December 2011

De Jong puji EPL


De Jong mengetuai kekaguman untuk kejohanan ini.

Liga Eropah secara tiba-tiba menjadi kejohanan yang indah.

Sebelum ini, kejohanan ini dianggap seperti sepupu yang hodoh untuk Liga Juara-juara.

Namun ia akan berubah menjadi kejohanan glamour dengan ketibaan luar jangkaan, Manchester United, Manchester City dan Ajax pada undian 32 pasukan terakhir.

Setidak-tidaknya itulah yang dilihat oleh midfielder City dari Belanda, Nigel De Jong.

“Semua orang memandang rendah Liga Eropah tapi pada saya ia piala yang indah. Ia adalah trofi utama untuk dimenangi dan jika anda berjaya, peminat akan berasa sangat gembira,” jelasnya.

“Sudah tentu ia amat memalukan untuk Manchester bahawa kedua-dua pasukannya tidak lagi berada di Liga Juara-juara. 

“Tapi anda ada dua kelab besar di Liga Perdana Inggeris kini bermain di Liga Eropah dan mereka mungkin akan bertemu sesama sendiri, jadi ada perhitungan besar di situ.”

No comments:

Post a Comment