Thursday 15 December 2011

Garcia fokus Liga Juara Eropah..bukan M.U..


Garcia minat untuk terus bermain bola sepak Liga Juara-juara.

Agen Javi Garcia telah memberi Manchester United satu tamparan besar apabila mendedahkan midfielder Benfica itu tidak berminat berpindah ke Old Trafford – kerana dia fokus untuk terus beraksi bola sepak Liga Juara-juara.
 
Pemain tengah berusia 24 tahun itu telah kuat dikaitkan dengan perpindahan ke United sejak musim panas, dan dengan pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson kini kekurangan pemain di bahagian tersebut, satu perpindahan buat Garcia telah sekali lagi dikhabar akan berlaku.
 
Namun, agen bekas pemain Real Madrid itu, Manuel Garcia Quillon berkata kepada akhbar Portugal yang kliennya sangat gembira di Estadio da Luz, dan menegaskan Garcia kekal mahu bermain bola sepak tahap tertinggi.
 
"Dia hanya fikir tentang Benfica, dan jika ada kelab berminat, mereka harus bercakap dengan presiden dan dengan kami dan selepas itu kita akan lihat bagaimana," kata Quillon.
 
"Buat masa ini, tiada apa yang serius (dari United). Semua kami tahu melalui akhbar. Amat penting yang Javi Garcia tamatkan kontraknya kerana Benfica juga beri komitmen sama."

No comments:

Post a Comment