Thursday 8 December 2011

Juventus Sasar Luiz...



David Luiz bergelut untuk hadapi cabaran bola sepak Inggeris.

Bek Chelsea, David Luiz mungkin ditawarkan jalan keluar ke Juventus.
 
Kelab Itali itu telah membuat tawaran £2 juta untuk rakan sepasukan dari Brazil dan bek tengah, Alex – namun mereka turut berminat menandatangani Luiz.
 
Sejak menyertai Benfica untuk £24 juta Januari lalu, Luiz telah bergelut untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris.
 
Kini, Juve telah bersedia untuk melihat jika Chelsea mahu mengurangkan kerugian mereka dengan tawaran sekitar £15 juta bagi membawa pemain itu ke Turin.
 
Bos Chelsea, Andre Villas-Boas sedang bercadang untuk membuat rombakan besar Januari ini yang mungkin memberinya peluang mendapatkan seorang midfielder baru, dengan pemain Porto, Joao Moutinho kembali berada dalam radarnya.
 
Villas-Boas mungkin turut kembali untuk Luka Modric, walaupun Tottenham dijangka kekal teguh enggan menjual seperti musim panas lalu yang bermakna Moutinho mungkin menjadi pilihan yang lebih sesuai.
 
Moutinho, 25, mempunyai terma penjualan £35 juta dalam kontraknya di Porto, yang perlu membayar sebahagian dari sebarang yuran perpindahan ke bekas kelabnya, Sporting Lisbon.

No comments:

Post a Comment