Monday 12 December 2011

Lagu Bunkface "Panik" DiHaramkan RTM..




MERUJUK kepada SKP : RTM Haram Lagu Panik Bunkface di akhbar Pancaindera, Mingguan Malaysia, ruangan Panas Seminggu, pada 4 Disember 2011 (Ahad).

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan terima kasih atas komen yang dikemukakan.

Panel Penilai Lagu Tempatan (PPLT) telah pun menilai lagu Panik oleh Kumpulan Bunkface, semasa penilaian pertama dilakukan pada 30 September 2011. Keputusan telah pun diambil bahawa lagu ini tidak sesuai untuk disiarkan oleh RTM kerana penggunaan perkataan CELAKA, yang dianggap sebagai perkataan yang kasar dan tidak sopan bagi diperdengarkan kepada umum melalui siaran radio dan tv.

Walaupun begitu, terpulanglah kepada stesen-stesen swasta yang lain sama ada untuk menyiarkannya atau tidak. Ini adalah kerana

Panel Penilai Lagu Tempatan (PPLT) tidak pernah mengharamkan lagu tersebut.

Sebagai sebuah stesen kerajaan yang mengangkat martabat bahasa yang sopan, adalah amat perlu RTM peka kepada perkara ini.

Adalah diharapkan supaya setiap syarikat rakaman lebih sensitif dengan budaya kita apabila mencipta lagu agar perkara tersebut bukan sahaja menjadi ikutan, tetapi boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment