Thursday 15 December 2011

M.City buru duo pemain Croatia..


Vrsaljko dan Kovacic dalam senarai dikehendaki City.

Manchester City sedang mendahului persaingan memburu duo remaja berbakat dari Croatia, Sime Vrsaljko dan Mateo Kovacic namun telah diberi amaran mereka akan berdepan dengan persaingan sengit untuk duo bernilai £25 juta itu.
 
Arsenal kekal berminat terhadap duo tersebut selepas cuba menandatangani mereka dari Dinamo Zagreb Januari lalu, dengan mereka ketika itu tidak bersedia untuk membayar lebih daripada £15 juta.
 
Sejak itu, reputasi duo tersebut telah meningkat hasil persembahan mantap di Liga Juara-juara dan di peringkat antarabangsa, dengan para pemantau datang terutama untuk menyaksikan pemain tengah berusia 17 tahun, Kovacic.
 
Sumber di Croatia berkata bek kanan berusia 19 tahun, Vrsaljko hampir mengesahkan perpindahan Januari ke Etihad Stadium, namun City dikatakan berminat untuk mempersetujui perjanjian berganda untuk duo tersebut.
 
Vrsaljko, yang juga boleh beraksi di bek kiri, mengutip kap pertamanya tahun ini dan dijangka pergi menyertai Euro 2012 walaupun Croatia mempunyai ramai pemain berbakat di posisinya.
 
Kovacic telah diberi banyak pujian membandingkannya dengan Lionel Messi dan bermain corak sama dengan David Silva.

No comments:

Post a Comment