Saturday 10 December 2011

M.U rugi 20 Juta Pound.


United hilang peluang memenangi wang hadiah ò0 juta.

Penyingkiran Manchester United dari Liga Juara-juara akan mendatangkan kerugian mereka sehingga  £20 juta.

32 pasukan yang bertanding di peringkat kumpulan kejohanan ini berkongsi “kawah pasaran” sebanyak £300 juta dalam bentuk wang penyiaran TV.

Ia dibahagikan menggunakan formula berdasarkan pencapaian domestik musim sebelumnya dan kemaraan dalam kempen Eropah musim ini.

Untuk itu, United paling tidak akan memperolehi pendapatan sekitar £20 juta.

Memenangi Liga Eropah akan menghasilkan wang kemenangan sekitar £3.8 juta – jumlah yang amat kecil berbanding Liga Juara-juara yang lebih lumayan.

Sebagai perbandingan, sampai ke pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara sahaja akan menjamin United memperolehi £2.5 juta.

Sejumlah £2.8 juta lagi akan dimiliki jika mereka sampai ke suku akhir dan £3.6 juta lagi untuk separuh akhir.

Pasukan yang tewas di final di Munich pada Mei tahun hadapan akan menerima £4.8 juta dan juara kejohanan sebanyak £7.75 juta.

No comments:

Post a Comment