Saturday 10 December 2011

Pardew dari Zero jadi Hero


Pardew nikmati kehidupan di Toon.

Alan Pardew meraikan ulangtahun pertamanya di Newcastle dengan menegaskan: Kami tidak gila lagi,

Pengurus Toon ini menggunakan kemahirannya untuk menstabilkan salah sebuah kelab paling gila di Liga Perdana Inggeris.

Dan Pards mengharungi perlawanan hari ini menentang Norwich dengan sasaran untuk slot Eropah.

Beliau berkata: "Ada lebih banyak yang bagus dari buruk. Saya benar-benar menikmatinya.

"Tiada keraguan dalam tanggapan saya. Ia kelab yang begitu besar. Pengurus lain berkata kepada saya, 'Kamu tahu bagaimana keadaannya di situ, ia kelab yang agak gila'. Tengoklah, kami tidak begitu gila sekarang. Tak ada banyak berita buruk yang muncul.

"Ia tentang memastikan kami ada hasil yang bagus di atas padang untuk peminat. Saya fikir peminat menghargai pasukan kami.

"Kami perlu mengharungi waktu yang sukar ini kerana masalah kecederaan tapi jika kami berjaya melepasi, kami akan ada musim yang hebat.

"Lebih mudah dari yang saya sangka? Tidak, tapi hasil akhirnya mungkin sebagus seperti yang saya harapkan berdasarkan kedudukan kami di liga."

No comments:

Post a Comment