Thursday 15 December 2011

Spurs nak Tevez..


Harry Redknapp mahukan Tevez.

Bos Tottenham Harry Redknapp merancang perpindahan sensasi untuk pemain buangan Manchester City,  Carlos Tevez.
 
Spurs telah mengemukakan pertanyaan tawaran sekitar £20 juta untuk pemberontak Argentina ini yang mungkin boleh menyatukannya kembali dengan bintang yang dipinjam dari City,  Emmanuel Adebayor di White Hart Lane.
 
Sumber yang rapat dengan rundingan ini berkata: "Pihak di  Tottenham menganggap perjanjian ini akan menjadi lebih besar dari mana-mana perjanjian sejak mereka membeli Jurgen Klinsmann.“
 
"Sudah tentu ada minat mendalam. Halangan paling besar ialah sama ada City bersedia untuk melakukan urusniaga dengan pasukan yang kini dianggap sebagai pesaing mereka untuk kejuaraan liga."
 
City mahukan  Tevez pergi selepas sentiasa bertelagah dengan pengurus Roberto Mancini namun pengurus Itali itu hanya mahukan pemain itu pergi dengan kontrak tetap.
 
Gaji penyerang ini yang setinggi £198,000 seminggu ini bakal meruntuhkan struktur gaji Spurs.
 
Namun sumber dalaman ini menambah: "Ada yang menganggap pembelian Tevez hampir pasti akan menjamin aksi di Liga Juara-juara dan ia akan menjadi pelaburan yang berbaloi."
 
AC Milan mahukan Tevez dengan kontrak pinjaman dan naib presidennya, Adriano Galliani berkata: "Kami tahu kami telah memperolehi persetujuan pemain tapi kami berharap beliau tidak akan bersetuju dengan kelab lain."

No comments:

Post a Comment