Tuesday 20 December 2011

Untunglah M.U..


Berhati-hati ... Alex Ferguson.

Manchester United terus kekal tenang dengan peluang mereka untuk kembali ke Liga Juara-juara.
 
Pasukan bimbingan Alex Ferguson tersingkir dari peringkat kumpulan selepas kalah di Basel 2-1 bulan ini.
 
Namun  the Red Devils diberikan sedikit harapan kerana pertikaian berterusan di antara Sion — seteru Basel di Switzerland — dengan Fifa.
 
FIFA mengumumkan mereka akan menggantung FA Switzerland melainkan pihak berkuasa bola sepak negara itu memotong mata dari Sion kerana mendaftarkan enam pemain sepanjang hukuman penggantungan pembelian pemain.
 
Apabila sesebuah persatuan bola sepak negara digantung, tiada pasukan dari negara tersebut yang dibenarkan menentang pasukan lawan dari luar negara dan ia akan menghalang Basel dari bertemu Bayern Munich di pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara.
 
Tapi sumber mempercayai satu kompromi akan dicapai sebelum tarikh akhir pada 13 Januari ini.
 
Ia menyebut: "United tak nampak ia akan menjadi kenyataan."

No comments:

Post a Comment