Wednesday 18 January 2012

Kapal terbalik beralih kedudukan....

KEDUDUKAN kapal pesiaran Costa Concordia di Pulau Giglio, Itali semalam.





PULAU GIGLIO, Itali - Para penyelamat yang mencari 20 orang yang masih hilang dalam tragedi sebuah kapal pesiaran mewah terbalik di sini menggantung operasi menyelamat, kata seorang jurucakap semalam.
Menurut jurucakap operasi itu, Luca Cari, tindakan tersebut terpaksa dibuat kerana kapal berkenaan, Costa Concordia didapati beralih kedudukan.
"Peralatan-perlatan menunjukkan bahawa kapal tersebut bergerak. Kami dalam proses untuk menilai jika menemui kedudukan itu terhenti bagi membolehkan kami menyambung semula (operasi tersebut)," katanya.
Kerja-kerja menyelamat itu dihentikan pada pukul 8 pagi waktu tempatan.
Jumlah kematian adalah seramai sebelas orang namun 20 lagi dipercayai masih hilang ekoran kejadian tersebut yang berlaku pada Jumaat lalu.
Kapal itu yang membawa lebih 4,000 penumpang terbalik selepas ia terlanggar batu.
Kapten kapal itu, Francesco Schettino telah ditahan di rumah dan berdepan dengan dakwaan melakukan pembunuhan besar-besaran.
Sementara itu, Schettino juga menafikan dia telah meninggalkan kapal berkenaan ketika ramai penumpang belum keluar sepenuhnya dari Costa Concordia.
Kenyataan itu dibuat oleh peguamnya, Bruno Leoratti.
Menurutnya, tindakan kapten kapal itu mengemudikan Costa Concordia ke pulau berkenaan selepas melanggar batu telah menyebabkan ribuan penduduk selamat. 

Tragedi terburuk bot imigran..



CUACA buruk menyukarkan tugas-tugas mencari dan menyelamat mangsa.


LEBIH 200 orang kini dikhuatiri mati dalam satu kemalangan yang menurut kerajaan Australia sebagai sebuah tragedi paling dahsyat.
Australia kini berdepan dengan tekanan paling teruk daripada kumpulan-kumpulan aktivis kemanusiaan yang mengatakan pihak pemerintah bertanggungjawab penuh terhadap nasib mangsa-mangsa tersebut.
Pegawai terlibat berkata, bot yang diperbuat daripada gentian kaca itu sepatutnya menampung kapasiti penumpang seramai 100 orang sahaja. Tetapi, pada hari kejadian, ia membawa kira-kira 250 orang.
Ia menyebabkan bot tersebut karam baru-baru ini pada jarak 40 batu nautika dari timur Pulau Jawa. Ketika kejadian, cuaca amat teruk dengan hujan lebat disertai ombak ganas yang mencapai ketinggian beberapa meter.
Mangsa terbanyak
Seramai 33 orang berjaya diselamatkan daripada kawasan perairan yang dipenuhi jerung itu. Mempunyai permukaan yang telah haus, bot malang itu melalui laluan paling bahaya iaitu dari Pulau Jawa ke Australia untuk sampai di Pulau Christmas.
Kini, harapan yang tinggal untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup amat tipis, sekali gus mencatatkan kemalangan bot imigran dengan bilangan mangsa tertinggi yang mati.
"Kami telah menghantar lima buah bot dan tiga helikopter tetapi tidak ada sebarang isyarat yang menunjukkan mangsa selamat.
"Tidak mungkin mereka dihanyutkan ke pulau terdekat yang terletak sejauh 40 batu (64 kilometer) dari tempat kejadian," kata pegawai gerakan mencari dan menyelamat daerah, Kelik Purwanto.
Tambah Purwanto lagi, insiden tersebut adalah malapetaka yang paling teruk melibatkan bot-bot imigran sehingga kini.
"Jika kami tidak menjumpai orang yang terselamat, jadi, ini adalah kehilangan nyawa terbesar," katanya.
Jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan, Gagah Prakoso berkata, keadaan sekarang menunjukkan tanda-tanda kesemua mangsa yang hilang telah lemas.
"Mustahil walaupun seorang perenang yang baik memakai jaket keselamatan boleh berenang ke persisiran pantai dengan selamat dalam cuaca yang ekstrem.
"Apabila bot karam seperti yang berlaku dalam cuaca sebegitu, mayat-mayat hanya akan timbul ke permukaan selepas hari ketiga kejadian," katanya.
Cuaca teruk, angin kuat dan ombak setinggi lima meter telah menghalang usaha menyelamat sepanjang malam. Itu menyebabkan pasukan penyelamat seramai 300 orang terdiri daripada tentera laut dan pegawai polis hanya berbaris di persisiran pantai untuk menunggu mayat timbul.
Salah seorang mangsa yang terselamat, pelajar berbangsa Afghan, Armaghan Haidar, 17, berkata, dia sedang tidur ketika ribut melanda yang menggoncang kapal dinaikinya.
"Saya dapat merasa air mula menyentuh kaki menyebabkan saya terjaga. Apabila bot mula karam, orang ramai mula panik dan menjerit serta cuba mencari jalan keluar.
KEDUDUKAN Pulau Christmas yang sangat dekat dengan Indonesia menyebabkan pelarian sanggup berkorban nyawa menyeberang dari Pulau Jawa, Indonesia.


"Bagaimanapun, saya berjaya berenang ke tepian dengan memegang pada sebelah bahagian bot bersama-sama 100 orang yang lain. Lebih kurang 20 hingga 30 orang sahaja yang memakai jaket keselamatan, manakala lebih 100 orang lagi terperangkap di dalam (bot)," katanya.
Menurut pegawai penyelamat dan mangsa, mereka terapung di tengah-tengah lautan selama enam jam sebelum diselamatkan oleh nelayan tempatan.
Mangsa yang terselamat ditempatkan di dewan komuniti berdekatan pantai Prigi yang terletak kira-kira 640 kilometer dari tenggara Jakarta, Indonesia.
Menurut maklumat yang diterima, kesemuanya memiliki dokumen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) rasmi yang membuktikan bahawa mereka berstatus pelarian.
Kebanyakan penumpang bot itu berasal dari Afghanistan atau Iran. Mereka telah membuat pembayaran kepada ejen penyeludup antara $2500 (RM7,867.50) hingga $5000 (RM15,735) semata-mata untuk mencari perlindungan suaka politik di Australia.
Sementara yang lain pula mendakwa mereka berasal dari Iraq, Pakistan, Turki atau memegang kerakyatan Saudi. Namun, ia sukar dibuktikan kerana menurut kumpulan itu, dokumen mereka hilang di laut ketika kejadian.
Haidar berkata, dia terbang dari Dubai ke Indonesia. Selepas itu, dia menaiki sebuah bot di Jawa Barat untuk ke destinasi seterusnya.
"Kami mahu tinggal di Pulau Christmas dan memiliki hidup yang lebih baik di Australia. Tiada apa-apa di Afghanistan.
"Terlalu banyak kegiatan pengganas. Kami tidak boleh belajar, tidak boleh ke kolej dan tidak mungkin mendapat pekerjaan yang baik. Kami tidak mempunyai masa hdapan di sana," luah Haidar.
Destinasi pilihan
Beribu-ribu pencari pelindungan suaka politik menuju ke negara-negara Asia Tenggara sebelum ke Australia setiap tahun. Ramai antara mereka terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia di Indonesia dan melayari laut ganas tanpa ciri-ciri keselamatan.
Pulau Christmas sering menjadi destinasi pilihan untuk aktiviti penyeludupan manusia. Lokasinya lebih dekat dengan Indonesia berbanding Australia. Hampir 50 orang bakal imigran dipercayai telah menemui ajal dalam lautan ganas ketika kapal yang dinaiki karam pada bulan Disember 2010 sahaja.
"Fokus kita hari ini adalah usaha mencari dan menyelamat dan kami hanya memikirkan mereka yang telah meninggal dunia serta ahli keluarga lain yang masih hilang di lautan.
"Kepada mereka yang membuat perjalanan bahaya dan menanggung risiko kehilangan nyawa, saya berasa bertanggungjawab," kata Menteri Hal Ehwal dalam Negeri Australia, Jason Clare. 

Tuesday 17 January 2012

Menarik..Misteri pokok 3,500 tahun terbakar..


LONGWOOD, Florida - Beberapa anggota bomba menyatakan sebatang pokok yang berusia 3,500 tahun terbakar dan tumbang di tengah Florida pada Isnin lalu.
Punca pokok sipres itu terbakar yang setinggi 36 meter dan diberi nama jolokan Senator itu masih tidak diketahui.
Namun, seorang pegawai bahagian perhutanan memberitahu akhbar Orlando Sentinel bahawa ia mungkin sengaja dibakar.
Menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba Seminole, Steve Wright, pokok tersebut terbakar selama beberapa jam.
Dia berkata, api itu terbakar dari dalam pokok berkenaan.
Anggota-anggota bomba tiba pada pukul 5.50 pagi dan menggunakan hos sepanjang lebih 240 meter untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Wright berkata, satu bahagian pokok yang sepanjang enam meter tumbang pada pukul 7.45 pagi.
Beberapa pegawai taman hutan simpanan menyatakan pokok itu pernah mencecah ketinggian 50 meter sebelum bahagian atasnya 'dipotong' akibat puting beliung pada tahun 1925.

API membakar bahagian dalam pokok berusia 3,500 tahun di Longwood, Florida kelmarin.



Monday 16 January 2012

Ibu tekan butang letupkan bangunan..


KING"S LYNN, Britain - Seorang ibu dua anak, Sarah Griffiths diberi penghormatan untuk menekan butang letupan bagi meruntuhkan sebuah bangunan syarikat makanan Campbell's Soup di sini kelmarin.
Griffiths yang berusia 41 tahun menyatakan dia berasa lega diberikan penghormatan itu kerana bapanya pernah meninggal dunia di dalam kilang tersebut kerana satu kemalangan industri.
Wanita itu menang dalam satu pertandingan untuk mengetuai operasi memusnahkan bangunan tersebut yang dimiliki oleh pengeluar makanan sup Campbell's.
Bangunan diruntuhkan menerusi satu siri letupan menerusi alat kewalan.
Bapa Griffiths, Mick Locke mati kerana tubuhnya melecur pada tahun 1995 dalam satu kemalangan wap.
Bangunan syarikat makanan Campbell's Soup diruntuhkan menerusi alat kawalan letupan di King's Lynn, Britain kelmarin. - AP



Jom Baca..Misteri Ular di Tangan Ratu Elizabeth....


Gambar ular misteri yang melingkar muncul dalam lukisan abad ke-16 yang menggambarkan Ratu Elizabeth I, demikian diberitakan oleh National Portrait Gallery di London. Menurut para pengkaji, ular itu dalam versi aslinya digambarkan sedang melingkar di jari-jari ratu. Namun gambar ular tersebut sepertinya dianggap kurang sesuai oleh pelukisnya di saat terakhir lalu diganti dengan lukisan seikat mawar.
queen 219x300 Misteri Ular di Tangan Ratu Elizabeth
Kini, setelah bertahun-tahun kemudian, sang ular muncul lagi karena lukisan tersebut telah dimamah usia lalu memudarkan gambar bunga mawarnya. Adapun lukisan ini diciptakan oleh seniman yang tidak dikenali pada tahun 1580-an atau awal 1590-an. Lukisan ini terdapat di galeri London sejak 1921 tapi akan menjadi sebahagian dpd sebuah pameran bertemakan The Changing Faces of Elizabeth I, pd 13 Mac hingga 26 September.
Menurut penyelaras gallery, seekor ular kadang-kadang digunakan untuk melambangkan kearifan, kebijaksanaan dan kekuasaan penghakiman, tetapi makhluk-makhluk bersisik itu juga dikaitkan dengan simbol iblis dan dosa asal. Nah, pelukis mungkin menghapus lambang ular karena alasan dua pengertian yg berbeza itu. Ular yang ada dalam genggaman Ratu berwarna hitam tetapi memiliki sisik biru kehijauan dan hampir pasti dilukis berdasar imaginasi karena lebih mirip naga daripada ular sebenarnya.
Dalam pemotretan sinar-X ditemukan juga wajah wanita lain yang identitinya tidak diketahui. Wajah perempuan tidak dikenali tersebut menghadap ke arah yang berlawanan dan dalam posisi yang lebih tinggi daripada wajah ratu. Mata dan hidung di wajahnya tertutup oleh dahi Ratu Elizabeth.
Galeri foto yakin wajah perempuan itu adalah lukisan awal karya pelukis berbeza yang ditutup dengan lukisan wajah Ratu. Hal tersebut menunjukkan bagaimana lukisan abad ke-16 kadang-kadang ulanglukis oleh seniman. Wanita yang tak dikenali itu mengenakan kerudung Prancis, dengan pakaian bergaya tahun 1570-1580-an. Maknanya ada selang waktu beberapa tahun sebelum lukisan itu ulanglukis untuk melukis potret Elizabeth.
Sesuatu rekaan atau pembohongan cepat atau lambat pasti akan terdedah juga, masa menjawab semua yang kadang kita tidak mengerti. Adakan anda faham,,???

Sunday 15 January 2012

Alamakoips...Perompak gali terowong larikan hanya RM28,793....





MANCHESTER - Sekumpulan perompak menggali sebuah terowong sedalam 30 meter untuk melarikan wang tunai sebanyak £6,000 (RM28,793) dari sebuah mesin wang di sebuah kedai perkhidmatan penyewaan video di Levenshulme di sini pada 2 Januari lalu.
Menurut Perbadanan Penyiaran British (BBC) kelmarin, para perompak itu menggali terowong di bawah mesin tersebut.
Para perompak itu menggunakan mesin untuk menebuk lebih 38 sentimeter konkrit untuk mencuri wang tersebut.
Ketinggian terowong itu adalah 1.2 meter dan 30.5 meter panjang.
Namun, para perompak itu tidak dapat melarikan wang dalam jumlah yang banyak kerana mesin berkenaan tidak dimasukkan wang selepas cuti tahun baru.
Beberapa pegawai polis menyatakan terowong itu mungkin mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan. 

Jom Makan...Udang XL kambus mi..


Gerai mi udang Mak Jah pernah ditutup gara-gara terputus bekalan udang laut segar daripada nelayan Kuala Sepetang.

DENGAN kuah yang pekat dan kaya dengan rencah rahsia, keenakan mi udang Mak Jah sukar ditandingi.


"KALAU datang ke Taiping, jangan lupa singgah ke Kuala Sepetang. Rugi kalau pulang tanpa pekena mi udang."
Pertama kali menjejakkan kaki ke Taiping, Perak, ramai yang mengesyorkan kru Jurnal supaya merasai mi udang yang sinonim dengan Kuala Sepetang.
Baik di gerai cendol yang terletak di tengah bandar mahupun di atas puncak Bukit Larut, keenakan hidangan itu sering diperkatakan pengunjung.
Jadi, pada petang itu kami menuju ke Kuala Sepetang yang terletak 18 kilometer dari bandar Taiping.
Aroma yang terbit bersama kepulan asap nipis mi itu sahaja sudah menyelerakan, apatah lagi selepas melihat enam ekor udang sebesar ibu jari lelaki dewasa memenuhi mangkuk mi udang Mak Jah.
Menurut pemilik bersama perniagaan keluarga itu, Idris Sidan, 45, hanya udang segar digunakan sebagai perencah mi di gerainya.
"Kami hanya menggunakan udang laut segar yang dihantar terus oleh nelayan Kuala Sepetang. Kami tidak gunakan udang sungai atau udang yang dibela," katanya yang memulakan perniagaan itu sejak tahun 2009.
Tidak pernah berkompromi tentang kualiti, Idris membuka cerita, dia pernah menutup gerai mi udang yang dinamakan sempena nama ibunya, Tijah Yusof, 75, itu gara-gara bekalan udang segar tidak mencukupi.
"Untuk menjaga kualiti mi udang Mak Jah, kami terpaksa buat begitu. Kami tidak mahu ada pelanggan yang mengadu rasa mi udang kami berubah-ubah," ujarnya yang mengakui Kuala Sepetang semakin dikenali sebagai produk pelancongan negeri Perak.
Udang selut

ABANG kepada Idris, Johan, bertanggungjawab memastikan bekalan udang segar dihantar ke gerai Mak Jah setiap hari.


Mi udang sangat sinonim dengan Kuala Sepetang. Di sepanjang jalan menuju ke perkampungan nelayan di hujung sana, terdapat lebih kurang tujuh gerai menjual mi udang. Tambah Idris lagi, dahulu jumlahnya lebih banyak, tetapi mungkin disebabkan perniagaan itu tidak diwarisi, maka ada yang terpaksa ditutup.
Memilih untuk hanya menggunakan udang laut, Idris ada alasannya.
"Udang laut rasanya lebih enak kerana ia tidak berbau seperti udang bela atau udang sungai.
"Kalau udang laut bukan dari Kuala Sepetang juga ada beza dari segi rasa kerana udang Kuala Sepetang membiak di kawasan yang berselut dan bukan berpasir," kata Idris.
Terdapat empat jenis udang yang digunakan sebagai rencah utama mi udang Mak Jah iaitu udang jenis rotan, tolo, kertas dan harimau. Daripada empat jenis udang itu, udang kertas dikatakan lebih manis dan sedap.
Selain pemilihan udang, Idris juga sangat menjaga kualiti kuah mi. Menurutnya, resipi yang digunakan sekarang adalah hasil penambahbaikan daripada resipi turun-temurun keluarganya.
Untuk memastikan rasa kuah tidak lari, setiap pagi Idris akan merasa dahulu mi udang sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Rutin wajib itu tidak boleh ditinggalkan memandangkan kuah mi perlu dimasak selama beberapa jam.
PENGUNJUNG tidak perlu menunggu lama untuk menikmati mi udang.


"Setiap hari kami memasak di antara dua hingga empat periuk besar kuah. Apabila ada pesanan, kuah akan dipindahkan ke kuali dan dipanaskan dengan api sederhana besar sebelum dituang ke dalam mangkuk mi dan udang.
"Sebab itu, bab merasa sangat penting kerana jika ada rasa yang kurang, ia boleh dibaiki. Alhamdulillah, kami boleh dapat rasa yang sama setiap hari," kata Idris.
Di gerai Mak Jah yang terletak di Kampung Menteri ini terdapat dua jenis mi udang yang disediakan iaitu mi udang biasa dan mi udang istimewa atau spesial.
Mi udang biasa yang dijual pada harga RM7 menggunakan hingga lapan ekor udang bersaiz sederhana besar manakala mi udang spesial yang menggunakan enam hingga tujuh ekor udang bersaiz XL berharga RM11.
Selain mi udang, gerai ini turut menyediakan masakan panas berasaskan udang seperti nasi goreng udang, sambal udang petai dan udang goreng tepung.
"Mi udang Mak Jah kini juga boleh dinikmati oleh warga kota di Jalan Wangsa Delima 10, D'Wangsa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ia diuruskan oleh adik saya, Sabri.
"Usah gusar tentang kualiti kerana kami masih menggunakan udang segar yang dihantar setiap hari dari Kuala Sepetang. Tukang masak juga didatangkan khas dari sini," kata Idris.
Enak dinikmati pada bila-bila masa, keasyikan meratah udang besar memang memberi pengalaman baharu penggemar makanan laut itu apatah lagi jika ia dinikmati bersama air kelapa pandan. Memang terangkat!

Cara menggunakan Aplikasi Facebook..


Cara menggunakan Aplikasi Facebook. Sekarang memang terdapat banyak Aplikasi di Facebook. Kepada pemain dan pengguna Facebook tegar mesti pernah terima jemputan/invitation daripada rakan untuk bermain aplikasi di Facebook. Selalunya aplikasi games lah.
Buat pengetahuan Anda ada juga Aplikasi dari Malaysia, mesti Anda pernah lihat Aplikasi Rahsia Tarikh Lahir seperti di bawah ini. Cuma masalahnya sekarang Facebook sudah memasukkan fungsi secure https:// (ada s) berbanding http://sebelum ini. Jadi terdapat beberapa aplikasi menarik yang tidak dapat diakses oleh pengguna Facebook.
Cara-cara menggunakan Aplikasi-aplikasi Facebook:
1. Buka/Login akaun Facebook Anda.
2. Pergi ke “Account Setting”, klik sini ~ https://www.facebook.com/settings
3. Pilih Tab “Security” di sebelah kiri, shortcut link sila klik link ini ~https://www.facebook.com/settings?tab=security
4. Di baris pertama Secure Browsing klik link edit.
cara guna aplikasi facebook
5. Buangkan tanda di kotak kecil “Browse Facebook on a secure connection (https) when possible”, kemudian klik butang Save Changes.
Selesai! Sekarang Anda dapat menggunakan semua Aplikasi-aplikasi di Facebook! Tapi hati-hati Admin sarankan Anda ubah balik ke Secure Browsing selepas menggunakan aplikasi-aplikasi di Facebook.
Cuba Aplikasi-aplikasi Bahasa Melayu di bawah ini:
1. Rahsia Tarikh Lahir Anda: https://apps.facebook.com/tarikhlahiranda/
2. Rahsia Tarikh Lahir Pasangan Anda:https://apps.facebook.com/tarikhlahirpasangan/
3. Tanda-tanda Lelaki Jatuh Cinta: https://apps.facebook.com/tandacintalelaki/
Selamat mencuba, semoga tips tentang Cara menggunakan Aplikasi Facebook dapat membantu Anda.

Saturday 14 January 2012

Jom Cuba...Cara Elak Kencing Manis...


Cara Mujarab Elak Penyakit Kencing Manis | Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit kencing manis ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untukproses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogendalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak.
Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati. Perubahan Cara HidupPerubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manisdinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
a) Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkansupaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
b) Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
c) Penjagaan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manisapabila berat badan dapat dikawal.
d) Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
e) Pemeriksaan Doktor dan Ubat  
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.
Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
  • Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
  • Jangkitan kuman atau kencing kotor
  • Kerosakan buah pinggang
  • Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.
Disediakan oleh :Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani. Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor.
Melayukini.net - Seperti yang kita tahu, penyakit kencing manis, atau diabetes merupakan salah satu penyakit yang amat ditakuti oleh seluruh masyarakat dunia. Jika kita tidak menjaga amalan pemakanan seimbang, kemungkinan besar kita mendapat risiko penyakit tersebut.