Wednesday 4 January 2012

Istana ais buatan manusia...



BENTUK istana ais yang terdapat di Silverthorne, Colorado kelmarin.


COLORADO, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah istana ais dipamerkan kepada pengunjung di sini yang mengandungi laluan pejalan kaki dan terowong.
Istana itu tidak mempunyai struktur sokongan dengan ketinggian mencecah sembilan hingga 12 meter.
Menurut akhbar dalam talian SummitDaily.com, struktur ais itu dihasilkan oleh seorang artis, Brent Christensen.
Dia menggunakan 11.35 juta liter air untuk membina istana tersebut.
Air itu digunakan untuk menghasilkan 4,000 dan 8,000 isikel pada setiap hari.
Isikel ialah kepingan ais runcing yang terbentuk daripada pembekuan air yang menitis.

No comments:

Post a Comment