Saturday 7 January 2012

Jom Cerita...Keikhlasan Zizan..


ACARA sambutan tahun baharu boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Ada yang memilih untuk bersama famili, rakan-rakan atau berada di tengah hiruk konsert.
Untuk Zizan Raja Lawak atau nama sebenar Mohd. Razizan Abd. Razak, tahun ini dia berada di Dataran Shah Alam bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Akhil Hayy, Sham Kamikaze dan ramai lagi bagi menyambut permulaan tahun 2012.
Berlandaskan kerohanian, sambutan tahun baharu ini antara lain menyediakan sesi sembang santai Islamik antara Zizan dan Ustaz Azhar Idrus. Menyediakan 12 buah soalan untuk dijawab oleh Ustaz Azhar, antara soalan yang ditanyakan oleh Zizan ialah 'Apakah hukum main bunga api?, Langgar lampu merah dibolehkan?, Betulkah alat muzik itu najis? dan Hukum tengok cerita hantu?.'
Selain itu, Zizan sempat memetik gitar dan mengadakan sesi jamming bersama Ustaz Azhar dan kemudian meniru gaya ustaz.
Ketika diminta sedikit komen perihal sambutan tahun baharu Zizan yang berlainan dengan selebriti lain di tanah air, Zizan menjawab dengan rendah hati: "Saya tidak mahu besarkan cerita itu kerana saya buat dengan seikhlas hati. Kalau orang tahu, tahulah. Tapi saya tidak mahu komen panjang lebar."

No comments:

Post a Comment