Monday 9 January 2012

M.U Hantar SOS kpd Scholes...


Legenda kelab ini kembali dengan sensasi ke dalam pasukan.

Paul Scholes dan Manchester United bersetuju untuk kepulangan dramatik buat midfielder berusia 37 tahun itu yang bersara di penghujung musim lepas.
 
Keputusan akhir diambil oleh Sir Alex Ferguson memandangkan senarai kecederaan yang cukup panjang di United.
 
Scholes, yang terus berkhidmat sebagai jurulatih pasukan muda United dan berlatih bersama pasukan simpanan di padang latihan kelab di Carrington sejak persaraannya, bertindak sebagai pengganti bahagian midfield dalam kepulangan yang luar biasa untuk seorang legenda kelab.
 
Scholes memenangi hampir semua trofi untuk kelabnya sepanjang karier 16 tahun yang gemilang di United dan banyak pihak di kelab merasakan beliau bersara terlalu awal sedangkan harus bermain untuk semusim lagi.
 
United dilanda masalah kecederaan pemain yang serius dan mereka kekurangan pemain di bahagian midfield.
 
Kepulangan Scholes menjadi satu lagi berita kepulangan pemain legenda ke Liga Perdana Inggeris selepas Thierry Henry, yang telah mengesahkan kontrak pinjaman sementaranya di Arsenal.

No comments:

Post a Comment