Tuesday 3 January 2012

Van Persie Gembira!


Robin van Persie ... gembira untuk disatukan semula dengan Henry.

Robin van Persie menegaskan Thierry Henry melakukan keputusan "berani" dengan memutuskan untuk kembali ke Arsenal.
 
Penyerang Belanda itu gembira bahawa Henry bersetuju dengan pinjaman selama dua bulan dari New York Red Bulls.
 
Van Persie, yang mengalahkan rekod kelab pemain Perancis itu, 34 gol dalam setahun kalenda menerusi gol tunggal menentang QPR hari Sabtu lalu, berharap gandingan mereka akan meledak di atas padang – bermula menentang Leeds di Piala FA hujung minggu ini.
 
Van Persie, 28, berkata: "Pada beliau, keputusannya untuk kembali cukup berani. Beliau ada tugu di the Emirates bulan lepas dan telah membuktikan segala-galanya."
 
"Ia satu kegembiraan dapat bermain dan berlatih dengan beliau. Saya gembira, ia seperti 'Thierry kembali, mari berseronok'."
 
"Beliau adalah pemain terbaik Arsenal. Beliau mencipta rekod tersebut dan saya hanya menewaskan beliau dengan 35!"
 
"Saya kurang satu untuk rekod Alan Shearer — tapi mungkin boleh mencuba tahun hadapan."

No comments:

Post a Comment