Sunday 27 November 2011

Koyak mulut babi untuk elak ditusuk taring


ALOR SETAR – “Saya kuatkan diri koyak mulut babi hutan setiap kali ia mahu sondol saya kerana takut taringnya tertusuk pada perut dan bahagian badan lain yang boleh menyebabkan saya hilang nyawa.”
Demikian cerita seorang tukang kebun, Nordi Said, 51, mengenai saat-saat cemas selama 10 minit dia terpaksa bergelut dengan seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam Lama, Bukit Jenun, Pendang dekat sini.
Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi kelmarin, Nordi cedera parah akibat disondol haiwan itu di seluruh badan termasuk di kepala, dada dan kedua-dua belah kakinya.
Bercerita lanjut, Nordi memberitahu, dia tidak menyangka tindakannya keluar dari rumah untuk melihat punca bunyi bising zink membawa padah apabila diserang seekor babi hutan seberat kira-kira 120 kilogram.

No comments:

Post a Comment