Monday 28 November 2011

Mancini dipaksa keluarkan 20 orang pemain



Manchester City sedang merancang penjualan besar pemain ketika kelab itu mahu mengurangkan kos gaji bagi mematuhi peraturan kewangan baru UEFA.
 
City mempunyai sejumlah 63 pemain dalam kelab mereka buat masa ini dan berharap untuk mengurangkan jumlah itu ke sekitar 40 orang sewaktu dua jendela perpindahan akan datang.
 
Keutamaan buat Roberto Mancini dan pasukannya ialah untuk mengeluarkan pemain bergaji besar yang tidak lagi bermain secara kerap untuk pasukan utama selain pemain muda yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki, menurut laporan akhbar di England.
 
Mengetuai senarai pemain yang City mahu dikeluarkan adalah striker, Carlos Tevez yang dilihat hampir pasti menyertai AC Milan selepas pertelagahan terbukanya dengan kelab tersebut.
 
Tevez enggan memanaskan badan sewaktu pertembungan Liga Juara-juara dengan Bayern Munich awal musim ini dan kelab itu mahu mengurangkan gaji £250,000 seminggunya dari kos mereka.
 
Nedum Onuoha dan Wayne Bridge juga dijangka keluar manakala ketua-ketua di City berharap prestasi cemerlang Emmanuel Adebayor di Tottenham akan menggalakkan kelab utara London itu untuk menjadikan tempoh pinjamannya sekarang ke perpindahan tetap.
 
Dan Roque Santa Cruz, yang kini dipinjamkan ke Real Betis, merupakan seorang lagi pemain yang kelab itu mahu jual selain 23 orang pemain yang kini dipinjamkan keluar.

No comments:

Post a Comment