Tuesday 20 December 2011

Agihan pendapatan ASB 7.65 sen...



AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan replika pengagihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima pengagihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 berbanding 7.50 sen tahun lepas.
Sebanyak 7.3 juta pemegang saham, yang kini memegang lebih 95.9 bilion unit ASB akan juga menerima bonus sebanyak 1.15 sen.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan ini melibatkan pembayaran sejumlah RM7.04 bilion dan bonus sebanyak RM628.29 juta.
Menurutnya, hingga Khamis lalu, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion.
"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion atau 56.9 peratus daripada pendapatan kasar manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Ahmad Sarji menjelaskan, baki sebanyak 11.8 peratus atau RM0.85 bilion diraih daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan-pelaburan lain.

No comments:

Post a Comment