Tuesday 13 December 2011

Hebat2x...Penduduk Hawaii pertama dapat kereta elektrik....


BRIDGET NISHIMURA (kiri) keluar dari kereta elektrik Mitsubishi i 2012 di Honolulu kelmarin



HONOLULU, Amerika Syarikat (AS) - Satu pasangan Hawaii kelmarin memperoleh kereta pertama elektrik yang dihantar oleh syarikat Mitsubishi Motors kepada seorang pelanggan di AS dan Kanada.
Bryson Nishimura dan isterinya, Bridget Nishimura menerima kunci kereta mereka, Mitsubishi i 2012 pada satu majlis di bangunan Capitol di sini, Hawaii.
Kereta itu jika dicaj selama tujuh jam dengan purata kos AS$3 (RM9.55) akan bergerak sejauh 100 kilometer.
Para pelanggan yang mengambil peluang daripada cukai kredit persekutuan sebanyak AS$7,500 (RM) boleh membeli kereta tersebut pada harga AS$16,000 (RM50,936).
Pemandu-pemandu kereta di Hawaii tidak perlu membayar bayaran meletak kereta apabila mereka meletakkan kereta tersebut di kawasan parkir bermeter. 

No comments:

Post a Comment