Saturday 10 December 2011

United Hilang Vidic Semusim..



Nemanja Vidic mungkin berehat sehingga akhir musim.

Nemanja Vidic tidak akan beraksi hingga ke penghujung musim ini.

Kapten Manchester United itu terpaksa bertongkat untuk pulang selepas pasukannya tersingkir dari Liga Juara-juara menentang Basel.

Kem United semakin bimbang bahawa beliau akan diketepikan sehingga sekurang-kurangnya bulan April nanti.

Ia berita mengecewakan buat United, yang mencatatkan enam perlawanan tanpa bolos dari lapan perlawanan dengan Vidic berada dalam pasukan sejak kepulangannya dari kecederaan betis.

Bintang Serbia itu akan menjalani imbasan untuk menilai tahap kecederaan sebenarnya.

Namun pengurus pasukan, Alex Ferguson tidak berapa optimis selepas perlawanan.

Vidic telah digantikan dengan Jonny Evans apabila United ditunjukkan jalan keluar dari Liga Juara-juara di peringkat kumpulan buat kali kedua sejak tahun 1994.

Mereka kini di Liga Eropah bersama Manchester City untuk kali pertama dalam sejarah mereka.

No comments:

Post a Comment