Saturday 10 December 2011

PSG kejar Tevez plak...


Gergasi Itali telah buat tawaran kepada City untuk dapatkan pemain Argentina secara pinjaman.

Timbalan presiden AC Milan, Adriano Galliani kekal berharap kelab itu mampu bersetuju dengan perjanjian pinjaman untuk striker Manchester City, Carlos Tevez walaupun dilaporkan Paris St Germain turut berminat.

"Ya ia benar, PSG turut berminat, walaupun saya tak dengar lagi dari (pengarah sukan mereka) Leonardo," kata Galliani.

"Kami tahu niat City mahu jual pemain itu, tawaran kami adalah pinjamnya dan saya harap City katakan ya.

"Saya tak optimistik ataupun pesimistik. Saya mampu katakan dengan pasti pemain itu lebih gemar memilih Milan namun anda perlu yakinkan City untuk pinjamkannya dan itu tak mudah."

Tevez kini berada di tanahairnya, Argentina setelah terbang pulang tanpa kebenaran City sebulan yang lalu.

Wakilnya telah bercakap dengan pegawai di Milan sejak dua minggu lalu tentang kemungkinan berpindah.

No comments:

Post a Comment