Tuesday 20 December 2011

"Kami Pasukan Kuat"


Tunjukkan aksi mantap ... Roberto Mancini.

Roberto Mancini percaya ujian kelab sebagai pendahulu liga telah berakhir selepas kekecewaan kekalahan yang dialami dengan Chelsea.
 
"Saya fikir kami berhak menang perlawanan ini dan saya gembira dengannya kerana selepas Chelsea, ia adalah amat penting untuk mengalahkan Arsenal dan kembali menduduki tangga teratas liga."
 
Mancini juga percaya kemenangan ini akan menyingkirkan pesaing liga berpotensi yang lain – kerana Arsenal kini jauh ketinggalan.
 
Beliau berkata: "Ia susah untuk Arsenal kerana mereka 12 mata di belakang kami, 10 mata di belakang United dan lima mata di belakang Tottenham."
 
"Ya, ia sukar untuk mereka tapi ada banyak perlawanan sehingga akhir musim."
 
City juga mencatatkan rekod tanpa bolos yang jarang dilakukan hasil aksi kemas bek tengah Belgium, Vincent Kompany dan penjaga gol England, Joe Hart.
 
Mancini berkata: "Selepas perlawanan saya berkata kami harus lebih menguasai perlawanan selepas gol pertama."
 
"Tapi mereka menyerang dan terus menyerang."
 
"Tapi sudah sampai masanya kami memperolehi rekod tanpa bolos."

No comments:

Post a Comment