Friday 9 December 2011

Langkah Pinjaman ke Arsenal buntu..


Yoann Gourcuff ... tidak akan menyertai Arsenal secara pinjaman.

Kelab Perancis, Lyon menolak idea bahawa midfielder, Yoann Gourcuff bakal bersetuju menyertai Arsenal dalam jendela perpindahan Januari.
 
Bos Gunners, Arsene Wenger telah lama meminati bekas bintang berbakat kelab Bordeaux dan AC Milan berusia 25 tahun itu, dan dikhabarkan bersedia untuk meletakkan tawaran pinjaman dengan harapan pemain boleh memulihkan kerjaya warga Perancis tersebut.
 
Walau bagaimanapun Pengerusi Lyon, Jean-Michel Aulas berkata, sementara isu kewangan kelab berlaku bermakna dua nama bintang boleh meninggalkan pasukan Ligue 1 pada Januari untuk memberi keseimbangan dan pemain antarabangsa Perancis, Gourcuff tidak termasuk dalam senarai itu."
 
"Yoann pemain Lyon dan dia akan kekal bersama Lyon selepas 31 Disember dan sehingga Jun 30," katanya kepada saluran televisyen rasmi kelab itu.
 
"Mungkin dia akan kekal di kelab itu untuk tempoh masa yang lama selepas tarikh tersebut."
 
Ejen Gourcuff, Jean-Pierre Bernes turut mengesahkan bahawa pemain itu tidak tergesa-gesa untuk berpindah.
 
Ketika ditanya mengenai peluang pemain bersama skuad utama Laurent Blanc dalam Kejohanan Eropah musim panas akan datang, dia menambah, "Euro 2012? Logik bahawa dia mahu bermain di kejohanan dan bermain di Lyon tidak akan mendatangkan kesan kepada peluangnya."

No comments:

Post a Comment